Saturday, 31 August 2013

Kalau kau Johan, akulah Zizannya



Pertemuan kita mudah. Tak rumit. Kita sama kelas sewaktu semester pertama pada tahun pertama. Kelas Bahasa Arab Level 2 di Pusat Asasi UIA, Nilai. Tak aku nafikan, kau antara saingan aku dalam kelas itu dalam merebut hati Ustazah Maryam.

Engkau lebih agresif mendekatinya sedangkan aku, ustazah yang banyak bertoleransi denganku. ^_^
Aku gurau sahaja. Kedua-dua kita, sama-sama menyayangi Ustazah Maryam yang comel itu.

Sudah lama menyulam persahabatan, tiba-tiba kau mengajak aku menyertai kumpulanmu untuk Pertandingan Video yang dianjurkan oleh UPNM. Aku kabur-kabur ketika itu. Yalah, baru sehari aku tak datang kelas sudah ada perkara yang aku ketinggalan.

Kusangkakan yang pertandingan itu wajib untuk semua pelajar dalam kelas kita, rupa-rupanya kau dan Syahirah Aisyah sahaja yang berkobar-kobar mahu menyertainya lantas kau ajak aku pula. Aku pun mengiyakan sahaja ajakanmu itu.

Aku belum begitu rapat denganmu ketika itu. Banyak perkara yang aku tak beri kerjasama kepada kamu berdua dalam hal membuat video ini. Maafkan saya ya. Oh sungguh, itu antara detik awal kita mengukir kenangan walau dalam keadaan yang sangat dingin.

Masa berlalu, berlalu, dan terus pantas berlalu. Kau dan aku disatukan pula dalam usratun jamilatun yang sangat indah. Semakin menjadi-jadi keakraban kita. Sampai ada yang menyelar, dimana ada Aimi, disitu ada Widad.

Ya, pernah sekali aku beritahu padamu. Kalau kau Johan, akulah Zizannya. Kalau kau Zizan, akulah Johannya.
 Kalau kau Doraemon, akulah Nobitanya. Kalau kau Shin Chan, akulah Shironya.

Apabila aku mula merapu, kau turut bersamaku. Apabila aku mula kembali ke pangkal jalan, kau yang menunjukkanku arah. Kau…dan aku pantang bertemu. Apabila bertemu, kita melekat bagai magnet. Maka kau jadi kutub utara, aku jadi kutub selatan.

Si Habib berkata : “Widad, apasal tak kawan sangat dengan Anisha? Asyik bersama dengan Aimi jaa.”

Ohohoi. Kita tak adalah sampai tak punya kawan lain. Cuma kita ini terlebih rapat. Kau belanjaku, kubelanja mu. Seolah-olah duit hang duit aku, duit aku duit hang.

Teramat manis dan beruntungnya aku dapat mengenalimu. Kau antara manusia yang paling menghargaiku. Merinduiku saat yang lain tak hirau. Menyayangiku saat mereka tak peduli. Kau, yang  banyak membantuku lebih daripada aku membantumu. Terima kasih. Dimana lagi aku akan dapat sahabat sepertimu?

Hari ini hari ulangtahun kelahiranmu. Semoga kau kuat menghadapi ujian yang bakal tiba. Kalau kau rasa sedih atau perlukan bahu untuk bersandar, jangan segan-segan telefon aku. Aku harap kau akan…
membina baitul muslim secepat mungkin bersama lelaki yang soleh. Huhu ^^

Nanti bolehlah kita bina mujtama’ muslim pula ya. @_@

Sempena hari mulia ini, aku tersenyum lalu mengimbasi kembali.
Semua yang kerap kita mengadukan.
Kini jadi bahan rindu yang kusimpan.
Kuhargai semua yang terjadi.
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti.
Semoga kita dapat bertemu semula.
Kerna aku yakin engkau kan sentiasa…
Di hatiku . . .

Maafkanlah andai kau terasa pilu sepanjang ukhwah ini berlangsung. Karya ini khas buatmu Sharifah Aimi Syed Mohamed sebagai tanda yang aku takkan membenarkan kau melupakan aku.


Jika ada 10 orang yang menyayangimu, salah seorangnya ialah aku,
Jika tinggal 1 orang yang menyayangimu, maka itu adalah aku,
Jika tiada orang yang menyayangimu, maka aku…sudah…tiada.

Selamat Hari Merdeka Aimi! J

Endless love, Widad.



Ustazah Maryam bersama Aimi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...