Tuesday, 22 January 2013

Perigi cari timba?


Saya pasti anda pernah mendengar pepatah ini. Sangat popular dikalangan masyarakat melayu dulu kini dan insyaallah bukan selamanya. Pepatah ini bermaksud seorang perempuan terhegeh-hegeh mencari lelaki sebagai kekasih hati.

Perigi=besar. Timba=kecil. 

Suatu masa saya pernah keliru, bukankah memang sepatutnya perigi cari timba sebab perigi besar. Saya confius sebab ingatkan perigi dinisbahkan kepada lelaki dan timba yang kecil adalah perempuan.

Rupanya saya salah. Tapi saya tetap nak argue. Kenapa perigi dalam pepatah ini bermaksud perempuan dan bukannya lelaki? Dan kenapa pula timba yang kecil itu dikatakan lelaki dan bukan perempuan? Sedangkan kalau dilihat, lelaki lebih banyak kelebihan berbanding perempuan.

Oh mungkin kerana perigi itu tidak bergerak jadi ia disamakan seperti kaum hawa. Manakala timba yang selalu bergerak itu disamakan seperti lelaki yang memang tak suka duduk diam.

Okay forget about the idiom. Sebenarnya saya ingin memperkatakan tentang suatu isu yang kadang hangat kadang suam ini. Tidak lain dan tidak bukan, perempuan meminang lelaki.

Layakkah kaum hawa meminang kaum adam? Kenapa kaum hawa macam dah terdesak sangat sampai terpaksa menzahirkan keinginan untuk berkahwin kepada kaum adam? Kaum adam memang menunggu pinangan dari kaum hawakah? Sudah hilangkah sifat malu yang Allah kurniakan kepada kaum hawa?

Bla bla bla bla bla bla…

Sebelum tu saya nak istighfar dulu. Astaghfirullahal azim…

Rasulullah tidak pernah mengajar kita merasa malu untuk berbuat kebaikan. Kahwin terang-terangan perkara baik. Persoalannya! Siapa yang letak mind set bahawa perigi jangan cari timba dalam hidup kita sekarang??

Jawapannya ialah…tok nenek hangpa! Eh janganlah marah. Tok nenek saya juga dan tok nenek semua orang melayu Malaysia yang aman damai ini.

Saya lihat masyarakat melayu sering merasa segan tidak bertempat. Sangat berbeza dengan orang arab, English, cina dan lain-lain bangsa yang memang suka straight to the point.

Saya sendiri, orang melayu mengaku mempunyai tempias perangai sebegini. Malu tak bertempat. Nak bertanya pun malu . Kita, perempuan melayu sejati dan tulen ini seringkali dimomokkan dengan ayat “Jangan sampai kau jadi perigi cari timba!”

“Tunggu je orang lelaki pinang engkau.”

“Tak malu ke nak pinang lelaki pulak?”

“ Jangan sampai kau jatuhkan maruah depan mereka.”

Pulak dah. Sampai masuk bab maruah. Habis tu bagaimana pula orang lelaki yang ditolak pinangannya? Tak jatuh ke maruah dia? 

Hmm tulah masyarakat kita. Asyik nak jaga air muka sendiri. Orang lain lantaklah nak jatuh tersembam ke apa ke.

Bila saya fikirkan kembali, antara hikmah Sayyidatina Khadijah meminang Rasulullah ialah Allah nak tunjukkan pada orang melayu bahawasanya perempuan yang pinang lelaki tidaklah seteruk mana. Dan ini bukan perkara pelik dan aneh lagi.

Alhamdulillah kini masyarakat melayu sudah mula menyedari akan hakikat ini tetapi tetap tidak semua. Harap apabila generasi Y sudah menjadi warga emas nanti, kita mempunyai mind set yang terbuka dan jangan jumud sangat.

Dan saya ada tips bagaimana seorang perempuan ingin menyatakan keinginannya untuk berkahwin dengan seorang lelaki!

1.      Beranikan diri untuk mengkhabarkan niat anda yang murni ini kepada orang yang anda percayai seperti ibu bapa, pak cik,mak cik, ustaz, ustazah. Digalakkan untuk memberitahu orang yang lebih tua.

2.     Minta tolong orang yang anda percayai itu untuk berjumpa dengan orang yang rapat dengan lelaki itu contohnya ibu bapa, guru, murabbi, ustaz, ustazah atau mungkin pak cik atau makciknya. Digalakkan untuk berjumpa dengan orang tua.

3.     Orang yang rapat dengan lelaki itu seterusnya akan berjumpa dengan lelaki itu dan berkata
“Hang nak kahwin tak? Ana ada kenal dengan seorang minah ni. Baik akhlaknya, sopan-santun, taat Allah dan Rasul, menghormati orang tua, pandai masak, dan dan dan yang paling best sekali, dia pandai mengurut!

Lelaki tersebut pasti berbunga-bunga kerana sudah menjumpai calon yang sesuai lalu berkata..

“Benarkah? Subhanallah susahnya nak cari perempuan yang perfect macam ustaz cakap ni! Ustaz, ana ni dah lama nak mendirikan masjid tapi selalu saja busy dengan kerja. Ana serah perkara selanjutnya pada ustaz sajalah.”

Perbualan selanjutnya hangpa sambunglah sendiri.

Tips ini bukanah yang terbaik. Saya sendiri tak pernah mengaplikasikannya. Tapi tak salah kalau kita mencuba bukan?

Mohon maaf sekiranya ada tersilap bahasa atau mungkin tersentuh sensitiviti kalian yang membaca. Tips tadi boleh diamalkan kalau rasa sesuai. Ini bukan idea saya pun. Ini cumalah hasil banyak tengok TV.

Hihi.. Semoga Muslimin sekalian jangan malu jangan segan untuk meminang perempuan andai Allah sudah bagi petunjuk dan tolong jangan lambat.

Semoga semua kawan muslimat saya berjumpa dengan lelaki soleh sebagai kapten dalam bahtera hidupmu. Semoga semua dapat membina Baitul Muslim yang diharap-harapkan.

ISLAM will win the world. Let us take part towards the victory!
Kami bukanlah golongan yang suka terhegeh-hegeh mencari lelaki tapi kalau terpaksa(baca:perlu) mungkin kami buat.



Friday, 4 January 2013

Memaknakan umur...


Pelik saya melihat sesetengah wanita yang sudah berusia masih lagi gah dalam bersolek wajahnya. Kalau gayanya kadangkala mengalahkan orang muda. 
Begitu juga sesetengah pakcik yang gayanya juga persis si bujang kelana.
 Tak terlepas mak saya yang kadangkala mengenakan solekan tipis di wajahnya apabila hendak ke kenduri dan sebagainya. Kalau ayah saya pula masih lagi kuat berjalan kaki walaupun usianya sudah menjangkau 73 tahun.
 Saya lihat lelaki sebayanya sudah ramai yang uzur dan kebanyakan kawan-kawannya telah pun meninggal dunia.
Mereka ini bukannya muda lagi. Wajah juga sudah berkedut tidak setegang dahulu. Kaki juga mudah lenguh apabila berjalan. Badan sengal-sengal. Pada mulanya saya naik muak tapi lama-kelamaan saya mula berfikir bahawa mereka juga manusia seperti orang muda. Perasaan mereka juga seperti orang muda. 
Wajah sahaja berubah tapi hati masih muda. Patutlah ada sesetengah orang tua terutamanya lelaki kembali miang semacam orang muda.
Begitu juga mak dan ayah saya. Bukan miang okay! Usia memang di hujung senja tapi fikiran mereka ialah mereka masih mampu melakukan apa sahaja seperti zaman muda dahulu. Kerana zaman muda ayah saya dia sudah biasa berjalan kaki maka zaman tuanya tidak pernah melemahkan semangatnya untuk berjalan kaki ke kedai dan kemana sahaja dia mahu pergi. 
Saya kadang-kadang kasihan melihatnya tapi kami biarkan sahaja kerana dia masih mampu dan biarlah dia menikmati nikmat jalan dengan kakinya sendiri itu.
Mak saya pula, apabila hendak keluar, bajunya pasti lebih cantik daripada saya dan seringkali saya meminjam baju kurung mak saya. Baju kurungnya semua cantik. Kalau hendak keluar ke mana-mana sama ada kenduri atau pergi beraya, mak saya memang punya banyak pilihan. Manakan tidak, anaknya ramai. Kalau tak anak perempuan yang bagi, menantu yang bagi. Untunglah mak saya.
Yang saya ingin poinkan disini ialah perlakuan mak saya yang akan make-up sedikit sebagai touch up muka sebelum ke kenduri. Kami anak-anak tak pernah pun cakap “Mak, tak payahlah pakai make-up. Mak kan dah tua”.
Kami bahkan menolong mak untuk make-up. Yang paling rajin tolong make-up tentulah kakak saya, Sera. Saya pula selalu membaiki tudung mak agar nampak cantik.
Ya! Usia sebenarnya hanya angka. Saya sendiri masih lagi terlompat-lompat persis anak kecil dan kadang-kadang merengek-merengek pada mak. Saya sendiri tidak mahu menjadi dewasa terlalu cepat lalu saya sengaja tidak mematangkan diri saya apabila di rumah. 
Namun tidak sekali saya mengada-ngada apabila bersama kawan-kawan. Baru sangat rasanya masuk ke tadika kemudian sekolah rendah dan seterusnya sekolah menengah. Sungguh tak percaya kini kalau saya nak kahwin pun saya rasa keluarga tak menghalang.
Kalau saya tidak mahu dewasa terlalu cepat, tentulah mereka yang sudah berusia tidak mahu tua terlalu cepat. Mereka pasti merasa yang mereka masih muda. Dari segi pakaian, tingkah laku dan cara percakapan, jelas kelihatan mereka ini sesetengahnya masih terasa muda.
Suatu ketika saya bertanya kepada mak, “Mak nak tak main roller coaster kat Times Square tu?”
Mak saya jawab “Nak!”
“Tapi Ida takut mak terkejut pulak.” Risau sebenarnya kalau-kalau mak terkejut atau apa-apa sahajalah kerana permainan disitu agak ekstreme.
“Eh awak ingat mak ni tak boleh ke? Mak pernah buat lagi teruk dari tu tau tak”.
Lebih kurang beginilah perbualan antara kami tempoh hari. Saya terdiam sahajalah tak tahu nak balas apa.
Jawapan ini membuktikan bahawasanya orang tua mampu melakukan apa-apa sahaja hanya kerana mind set mereka yang positif. Kalau mereka bermind set yang mereka sudah tua, pastilah mereka lebih suka duduk di rumah, mengarah orang lain buat kerja, mengorder makanan daripada anak dan cucu, goyang kaki dan sebagainya. 
Namun amat sedikit yang berkelakuan begini dan kalau ada yang macam ni, mak saya akan melabelkan, orang tua sombong!
Satu perkara lagi yang membuatkan saya pelik. Ayah saya sudah mencecah usia 70 tahun ke atas tetapi dia masih setia menonton rancangan gusti WWE Entertainment. Sejak rumah kami ada astro, setiap Selasa jam 10.00 malam tiada rancangan lain melainkan gusti. Kami sudah terbiasa dengan keadaan ini sejak saya darjah enam dulu. Beginilah keadaannya.
 Kalau kami tidak mahu melayan rancangan itu bersama, kami akan buat aktiviti lain di rumah. Mak saya pula kadang menemani ayah saya sambil mengajuk aksi-aksi sang penggusti itu. Saya kadang-kadang tengok juga kalau bosan.
Akhirnya saya tidak pelik lagi sebab saya terfikir, gusti sekarang tidak sereal dulu dan jelas-jelas lakonan tetapi kenapa ayah saya asyik sangat menontonnya. Saya yakin pasti ramai lagi bapa-bapa orang yang suka menonton rancangan ini.
Akhirnya saya dapat jawapan. Ya! Ayah saya menonton gusti bukan sebab dia teruja sangat ingin melihat orang dibelasah atau bukan sebab dia mahu belajar skill membelasah orang akan tetapi dia menonton kerana apabila dia menonton, dia sedang mengimbau kenangan masa mudanya. Dia melihatnya sejak muda jadi pastilah diusia tua sebegini dia menonton sambil membayangkan kehidupan mudanya. Ceh(imaginasi aku).
Saya tidak pernah pula bertanya akan hal ini tetapi saya mengagaknya sahaja. Sebab saya tengok yang lebih teruja ialah mak saya.
Saya berandaian begini kerana saya sebenarnya orang yang suka mengimbau kenangan. Saya masih menonton kartun kegemaran saya iaitu Ninja Boy, Sin Chan, Kampung Boy dan kadang-kadang Doraemon. Dahulu saya seorang fanatik Doraemon sampai sanggup tak solat Maghrib sebab Doraemon selalu sahaja pada waktu senja. 
Tapi itu cerita sekolah rendah. Saya kini tidak lagi meminati Doraemon.
Saya juga apabila menontonnya akan teringat zaman kanak-kanak saya dan saya percaya ramai juga yang berperangai macam saya ini bukan? Ya! Kita tidak mahu besar terlalu cepat tetapi hakikatnya kita sudah besar.
Lalu apa yang patut kita lakukan? Hidup dalam bayang-bayang zaman kanak-kanak kita. Ya, boleh sahaja tetapi biarlah dalam jalan yang betul. 
Janganlah disebabkan kita rasa kita ini kecil lagi, jadi kita tidak mahu solat. Jangan pula kita beranggapan bahawa kita terlalu awal untuk jadi baik atau jadi orang yang soleh dan bertaqwa kepada Allah.
Sesetengah manusia masih tidak menunaikan solat pada usia yang sudah terlebih matang saya kira. Kenapalah agaknya perkara ini boleh berlaku? Salah ibu bapakah? Tidak relevan saya rasa. Pada usia yang sudah cukup matang untuk berfikir, pada saya tak relevan lagi untuk menyalahkan ibu bapa.
 Kalau benarlah ibu bapanya tidak mendidiknya untuk solat, dia boleh mencari inisiatif sendiri untuk belajar solat. Sehingga mendirikan rumahtangga pun masih meninggalkan solat, saya tak tahulah berkat atau tidak rumah itu.
 Kepada manusia yang masih meninggalkan solat dan menganggapnya remeh, pasti hidup kalian juga diremehkan Allah.
Ustaz saya, Ustaz Badrul di sekolah pernah berkata, usia manusia bukan dikira sejak kelahirannya tetapi usia manusia dikira sejak dia mula bertaqwa kepada Allah. Sejak dia mula mendekati Allah secara serius. Kalau pada usia 40 tahun baru hendak mendekati Allah, dan dia mati pada usia 50 tahun, dia hanya hidup selama 10 tahun sahaja. Malang bukan?
 Tetapi itu lebih baik daripada orang yang Allah biar dia dalam keadaan jahil sehingga tamat riwayat hidupnya.
Seorang muallaf pula, kalau dia memeluk Islam pada umur itu,umur itulah kelahiran sebenar bagi dirinya. Dosa-dosanya sebelum ini dihapuskan Allah.
Allah Allah, baiknya Allah. Allah lahirkan dia semula. Bayangkanlah kalau dia masuk Islam pada usia 20 tahun, dia dianggap seperti bayi yang baru lahir. Suci tanpa dosa. Dosa-dosanya sebelum ini tiada kaitan lagi dengannya.
Gambar sem 1 di UIA Nilai
Kelas bahasa Arab level 2


Hargai umur anda terutamanya para pemuda sekalian. 
Usia muda yang berdarah panas dan bersemangat kereta waja wajiblah dimanfaatkan untuk Islam sebaiknya. 
Dan masa mudalah masa terbaik untuk memperbanyakkan ibadah dan untuk mencari ilmu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...