Sudah lama aku menunggu saat ini.
Bukan saat kelas QPT akan berakhir tetapi saat aku akan mengumpulkan segala
mutiara kata yang aku kutip daripada Ustazah Nadhwah. Kepada rakan-rakan
sekelasku, mari kita imbau sejenak saat pertama kali kita bertemu insan bernama
Ustazah Nadhwah ini.
Aku secara jujurnya, tak mampu nak
senyum langsung saat dia melontarkan berdas-das peluru pada hari pertama itu.
Apa salah kita semua? Apa salah aku? Memang ada rasa nak cabut lari ketika itu
tetapi aku berpegang kepada prinsip aku.
‘Guru dah tengok muka aku, jangan
lagi aku berundur.’
Disebabkan aku yang memilih beliau
sebagai guruku, maka aku redha. Teruskan.
Ingat lagi tak kelas itu memang
ramai pada awalnya namun pada kelas kedua minggu hadapannya, susut. Ramai yang
hilang. Daripada ada berapa kumpulan entah, tinggal empat sahaja. Pagi sebelum
datang ke kelas itu, aku agak gentar. Yalah, entah kena tembak lagi macam hari
itu. Namun tanggapanku meleset. Aku jadi positif. Bahkan senyum meleret
sepanjang kelas. Aku yakin yang lain juga begitu (terutama Fikri kan?). Seusai
sahaja kelas, aku jadi girang tak terkata. Seolah-olah nak beritahu semua orang
yang aku jumpa hari itu,
‘Weh, Ustazah Nadhwah best gila!’
Kalaulah kalian ingat apa yang
ustazah perkatakan pada hari kedua itu. Banyak, terlampau banyak. Tak pernah
seumur hidup aku, paradigma aku berubah 360 darjah secepat hanya dua kelas. Ya
Allah.
“Kamu patut berterima kasih kepada
orang yang drop tu sebab kamu ada banyak peluang untuk dapat A.”
Kawan-kawan, setuju tak kalau aku
kata, QPT ini satu madah yang agak susah. Atau mungkin juga hanya aku seorang
yang rasa begitu. Tetapi secara jujurnya lagi, aku Alhamdulillah mudah faham
dengan penerangan dan pengajaran daripada ustazah. Perbincangan dalam kumpulan
kecil juga sangat membantu. Bahkan kadang-kadang kita munaqasyah satu kelas. Si
Syukur, Aiman, Ghani, Taufiq dan lain-lain kadang kala memberi penjelasan
berdasarkan apa yang mereka faham dan itu sangat memberi jasa.
Dan ustazah akan tanya lagi, tanya
lagi orang lain seandainya jawapan seseorang yang ditanya tadi tak memuaskan
sehinggalah muncul satu jawapan sohih dan memuaskan dan dapat difahami.
Kalau kalian perasan, ustazah tak
pernah perlekeh kita. Kalau ustazah tanya dan kita lambat jawab, ustazah
tunggu. Kalau ustazah tanya lagi dan kita jawab salah, ustazah tak marah. Tak
kata kita ini bengap ke apa. Ustazah akan tanya orang lain pula. Sebenarnya
ustazah hanya nak kita bersuara. Jangan terlalu diam. Bila ustazah tanya, maknanya
ustazah nak dengar suara kita. Kena bersyukur itu. Sebab itu, jawab sahaja apa
yang difahami daripada pembelajaran.
Kehadapan kawan-kawan sekelasku,
sebenarnya kita amat beruntung apabila kita mendapat Ustazah Nadhwah sebagai
guru kita. Tambah untung lagi,kelas kita waktu pagi. Apa yang aku lihat,
Ustazah Nadhwah ini moodnya memang ajaib pada waktu pagi. Dan syukur
Alhamdulillah (macam nama Fb seseorang), classmates aku semuanya periang dan
berparticipant dalam kelas. Semuanya pandai pula tu, kecuali aku. Semuanya,
pendek kata, pandai ‘bodek’ ustazah.
Kawan-kawan yang bijaksana
sekalian, awal-awal kelas dahulu, ustazah selalu tanya “makan tak lagi?” dan
jawapan kebanyakkannya ‘tak sempat’dan ‘belum’. Hampir setiap kali kelas
ustazah akan tanya kita dah sarapan atau belum. Paling seronok apabila ustazah
benarkan kita makan minum dalam kelas. Jangan nasi lemak sudah. Semua ini, bagi
aku sangat memberi makna. Habislah lepas ni, setiap kali sarapan aku akan
teringat muka, suara, dan gaya ustazah.
Serius, sebenarnya ustazah sedang
didik kita supaya tak tinggal sarapan. Sarapan itu makanan otak. Betul katanya,
macam mana nak serap ilmu kalau otak tak makan lagi. Sedangkan puasa ada
sahurnya, inikan pula tak puasa. Mestilah ada sarapnya.
Terlalu banyak mutiara katanya yang
ingin kutulis. Terlalu banyak memori kita sepanjang kelas itu. Selasa dan
Khamis, walau terpaksa bangun pagi dan korban tidur waktu dhuha, namun Selasa
dan Khamis itulah yang menceriakan aku. Kawan-kawan juga bukan?
Ustazah Nadhwah bukan setakat
mengajar apa yang ada dalam silibus pelajaran, bahkan mengajar kita kehidupan.
Kemahiran dalam hidup ini. Dia telah memberi kita tips mencari jodoh, tips
menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar, nasihat apabila keputusan sumber
air dan banyak lagi. Dan cerita pasal orang-orang gila di UIA ini, biarlah
rahsia kot. Haaa!! Parenting skill pun belajar tahu.
“Dalaman mesti kuat. Kamu bakal
menjadi parents.”
“Amalkan Qiamullail.”
![]() |
| Kononnya~ |
