Assalamualaikum
sahabat-sahabat yang membaca nukilanku ini sempena Eidul Fitri 1434 hijrah. Saya
terpaksa menulis sambil dengar lagu raya demi mengambil mood raya. Kalau tak,
malasnya nak tulis. Huh.
Eidul Fitri ini ialah hari
kebesaran bagi umat Islam. Juga selalu disebut-sebut sebagai hari kemenangan
setelah sebulan berhempas pulas berusaha mendapatkan rahmat, keampunan, dan permohonan dijauhkan
dari api neraka.
Didalam bulan Ramadhan,
umat Islam sibuk dengan ibadat khusus dan sunnah demi merebut pahala berganda
yang dijanjikan Allah. Betapa beruntungnya orang Islam dikurniakan bulan ini.
Maka Eidul Fitri inilah hari bagi meraikan mereka yang telah melawan nafsu
dengan penuh iman yang mantap, InsyaAllah.
الله أكبر
الله أكبر الله أكبر
لا إله إلا الله
هو الله أكبر
الله أكبر
ولله الحمد
Pada hari ini, umat Islam
seluruh dunia bertakbir dan bertahmid memuji Allah yang maha esa sebagai tanda
kesyukuran yang amat sangat. Inilah hari kegembiraan bagi seluruh umat Islam
kerana pada hari ini, segala ampunan dan rahmat daripada Allah diberikan kepada
umat Nabi Muhammad SAW. Mereka umpama
bayi yang baru lahir oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan fitrah dan suci dari
segala dosa.
Semasa zaman jahiliah,
mereka juga mempunyai hari raya mereka dengan cara yang tersendiri. Mereka
menyambut dengan pelbagai kemaksiatan seperti minum arak dan menyembah berhala.
Hadirnya Rasulullah SAW
untuk membetulkan akhlak manusia, maka hari raya itu digantikan dengan Eidul
Fitri dan Eidul Adha. Sabda Rasulullah SAW :-
“Dahulu kalian mempunyai
dua hari yang kalian melakukannya untuk bersenang-senang dan sungguh Allah
telah menggantikan keduanya yang lebih baik iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya
Haji.”
Adab menyambut Hari Raya
Eidul Fitri :-
- · Mengucapkan tahniah :-
تقبل الله منا ومنكم
“Semoga Allah menerima daripada kami dan daripadamu.”
- Bersedekah melalui penyediaan makanan yang enak buat tetamu.
- Memakai pakaian yang cantik dan bersih.
- Bersederhana dalam kegembiraan menyambut Syawal.
- Menziarahi rumah jiran-jiran dan saudara-mara.
- Makanan dan minuman tidak dibazirkan.
- Tidak menganjurkan majlis yang bertentangan dengan syariat seperti pergaulan bebas.
- Bermaafan di atas kesalahan yang lalu dan berazam untuk tidak mengulanginya (yang ini waktu Ramadhan lagi dianjurkan tahu)
- Mengenangkan kesusahan insan yang kurang bernasib baik.
Perkara paling awal yang
dilakukan sewaktu hari raya Eidul Fitri sudah
semestinya solat hari raya Eidul Fitri. Rasulullah SAW telah menunjukkan
beberapa perkara yang menjadi sunnah baginda sebelum melakukan solat hari raya.
Antaranya ialah :-
- Makan dahulu sebelum pergi bersolat. Jika ada buah kurma, makan dalam jumlah yang ganjil.
- Mandi sebelum keluar rumah untuk bersolat dan memakai pakaian yang paling baik dan memakai wangi-wangian.
- Pergi ke masjid melalui jalan lain dan pulang melalui jalan lain. Ini dilakukan supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang yang berlainan.
- Keluar awal ke tempat solat.
- · Bertakbir sepanjang perjalanan ke masjid dengan suara yang nyaring. (saya ingat lagi, pernah sekali naik motor dengan abang pada hari raya menuju ke masjid. Dia bertakbir dengan penuh riang sekali. Maa sha Allah.)
- Takbir beramai-ramai sebelum memulakan solat.
- Berjalan kaki ke tempat solat.
الله
أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا
وسبحان
الله بكرة وأصيلا
لا
إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده
ونصر
عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده
لا
إله إلا الله هو الله أكبر
الله
أكبر ولله الحمد
Ibarat berjujuran air mata
ini, mendengarkan takbir membesarkan Allah.
Wah, dah macam nak buat
khutbah raya pula. Okeylah, saya rasa setakat ini dahulu untuk post kali ini.
Doakan saya boleh menulis lebih lagi untuk hari raya Eidul Adha mungkin.
Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan kullu am wa antum bikhoir kepada semua pembaca
dan pelawat blog yang tak berapa siap ini. ^^
Ampun maaf belaka-belaka ya =)
Semoga raya tahun ini lebih
bermakna dari tahun sebelumnya.
Ja ne~
(See ya~)
Sumber rujukan :-
*Majalah Anis bil 157, September 2010
*Ensiklopedia Solat, Telaga Biru, Datuk Haji Md Hashim Yahaya
* *http://ramadhankent.blogspot.com/2008/09/tazkirah-syawal-adab-adab-menyambut.html

No comments:
Post a Comment