Pertemuan kita mudah. Tak rumit. Kita sama kelas
sewaktu semester pertama pada tahun pertama. Kelas Bahasa Arab Level 2 di Pusat
Asasi UIA, Nilai. Tak aku nafikan, kau antara saingan aku dalam kelas itu dalam
merebut hati Ustazah Maryam.
Engkau lebih agresif mendekatinya sedangkan aku,
ustazah yang banyak bertoleransi denganku. ^_^
Aku gurau sahaja. Kedua-dua kita, sama-sama
menyayangi Ustazah Maryam yang comel itu.
Sudah lama menyulam persahabatan, tiba-tiba kau
mengajak aku menyertai kumpulanmu untuk Pertandingan Video yang dianjurkan oleh
UPNM. Aku kabur-kabur ketika itu. Yalah, baru sehari aku tak datang kelas sudah
ada perkara yang aku ketinggalan.
Kusangkakan yang pertandingan itu wajib untuk
semua pelajar dalam kelas kita, rupa-rupanya kau dan Syahirah Aisyah sahaja
yang berkobar-kobar mahu menyertainya lantas kau ajak aku pula. Aku pun
mengiyakan sahaja ajakanmu itu.
Aku belum begitu rapat denganmu ketika itu.
Banyak perkara yang aku tak beri kerjasama kepada kamu berdua dalam hal membuat
video ini. Maafkan saya ya. Oh sungguh, itu antara detik awal kita mengukir
kenangan walau dalam keadaan yang sangat dingin.
Masa berlalu, berlalu, dan terus pantas berlalu.
Kau dan aku disatukan pula dalam usratun jamilatun yang sangat indah. Semakin
menjadi-jadi keakraban kita. Sampai ada yang menyelar, dimana ada Aimi, disitu
ada Widad.
Ya, pernah sekali aku beritahu padamu. Kalau kau
Johan, akulah Zizannya. Kalau kau Zizan, akulah Johannya.
Kalau kau
Doraemon, akulah Nobitanya. Kalau kau Shin Chan, akulah Shironya.
Apabila aku mula merapu, kau turut bersamaku.
Apabila aku mula kembali ke pangkal jalan, kau yang menunjukkanku arah. Kau…dan
aku pantang bertemu. Apabila bertemu, kita melekat bagai magnet. Maka kau jadi
kutub utara, aku jadi kutub selatan.
Si Habib berkata : “Widad, apasal tak kawan
sangat dengan Anisha? Asyik bersama dengan Aimi jaa.”
Ohohoi. Kita tak adalah sampai tak punya kawan
lain. Cuma kita ini terlebih rapat. Kau belanjaku, kubelanja mu. Seolah-olah
duit hang duit aku, duit aku duit hang.
Teramat manis dan beruntungnya aku dapat
mengenalimu. Kau antara manusia yang paling menghargaiku. Merinduiku saat yang
lain tak hirau. Menyayangiku saat mereka tak peduli. Kau, yang banyak membantuku lebih daripada aku
membantumu. Terima kasih. Dimana lagi aku akan dapat sahabat sepertimu?
Hari ini hari ulangtahun kelahiranmu. Semoga kau
kuat menghadapi ujian yang bakal tiba. Kalau kau rasa sedih atau perlukan bahu
untuk bersandar, jangan segan-segan telefon aku. Aku harap kau akan…
membina baitul muslim secepat mungkin bersama
lelaki yang soleh. Huhu ^^
Nanti bolehlah kita bina mujtama’ muslim pula
ya. @_@
Sempena hari mulia ini, aku tersenyum lalu
mengimbasi kembali.
Semua yang kerap kita mengadukan.
Kini jadi bahan rindu yang kusimpan.
Kuhargai semua yang terjadi.
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti.
Semoga kita dapat bertemu semula.
Kerna aku yakin engkau kan sentiasa…
Di hatiku . . .
Maafkanlah andai kau terasa pilu sepanjang
ukhwah ini berlangsung. Karya ini khas buatmu Sharifah Aimi Syed Mohamed
sebagai tanda yang aku takkan membenarkan kau melupakan aku.
Jika ada 10 orang yang menyayangimu, salah
seorangnya ialah aku,
Jika tinggal 1 orang yang menyayangimu, maka itu
adalah aku,
Jika tiada orang yang menyayangimu, maka
aku…sudah…tiada.
Selamat Hari Merdeka Aimi! J
Endless love, Widad.
![]() |
| Ustazah Maryam bersama Aimi. |


