Jadilah pendakwah bukan
penghukum. 99% orang yang bijak pandai
dalam agama ialah seorang penghukum. Setuju tak? Peratus ini hanyalah anggapan
dan anggaran saya sahaja berdasarkan pemerhatian saya. Betul juga sebab mereka
ini golongan yang pandai dalam agama.
Mereka ini seorang alim
dan faqih tentang agama Islam. Mereka menganggap orang lain yang banyak
melakukan maksiat sebagai ahli neraka. Mudah sahaja menjatuhkan hukum kepada
orang lain. Tidak terkecuali diri kita juga.
Hanya 1% yang sahaja
golongan yang bijak pandai dalam agama bertindak menasihati dengan penuh
hikmah. Penuh kasih sayang, penuh kelembutan. Kerana yang menghukum seseorang
itu dosa atau tidak ialah Allah bukan kita ini yang hanyalah manusia biasa.
Allah jualah yang berhak memasukkan seseorang itu ke dalam syurga atau neraka,
bukan kita yang menentukannya.
Lecturer saya selalu cakap “our job is to do
dakwah”. Kita juga tak berhak nak cakap yang orang kafir itu confirm masuk
neraka kerana kita tidak tahu adakah dia sudah mengetahui tentang agama Islam.
Kalau dia belum tahu dan mendengarnya, menjadi
tanggungjawab kita untuk memberitahunya. Kalau dia mati sebelum sempat
mendengarnya, maka Allah jualah yang Maha Mengetahui kemana destinasi
seterusnya bagi dia.
Mungkin ke neraka
menjadi arang atau juga mungkin ke syurga tanpa dihisab. Yang penting ialah
adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita menyampaikan agama Islam
kepada umat manusia.
Kata orang kalau belum merasai manisnya berdakwah, maka
teruskanlah berdakwah. Jangan jemu. Jangan berhenti. Kalau sudah merasainya,
nescaya kita tak mahu meninggalkan dakwah. Terasa rindu dan berkobar-kobar
untuk berdakwah setiap hari.
Jalan dakwah itu bukan disaji dengan duit yang banyak, jalan
yang licin tanpa batu, atau dihamparkan permaidani bulu yang mewah. Akan tetapi
jalannya penuh dengan batu berlekuk yang tajam yang kadang kala bisa melukai
orang yang melaluinya.
Tanpa gaji yang lumayan,
hanya pahala Allah yang diharapkan. Jalan itulah yang digelar kemanisan
berdakwah. Patutlah para pendakwah tak pernah jemu untuk keluar berjuang kerana
semakin banyak mehnah yang diterimanya, semakin mahu dia berjuang demi agama
Allah ini.
Subhanallah yang
menjadikan adanya orang yang tetap akan menyambung risalah para nabi iaitu
agama Tauhid, agama yang mengesakan Allah.
