Monday, 22 September 2014

Aku harap ini mimpi

Jiha menguak pintu bilik Atisya. Dia ingin benar berjumpa dengan Atisya dan berbual lama dengannya. Sudah berapa tahun mereka tidak bertemu. Takdir Maha Esa, Jiha pergi bercuti ke resort yang sama dengan Atisya. Tadi petang dia terserempak dengan Atisya di kafe resort itu. 

Tuk tuk tuk. Jiha membuka terus pintu itu sambil memberi salam. Entah kenapa dia tak fikir panjang sebelum membuka pintu itu. Selalunya dia akan tunggu tuan rumah mengajak masuk dahulu. 

"Oh sorry sorry. Ingatkan Atisya sorang je tadi. Ada orang rupanya. Sorry."
Atisya dan ibu saudaranya itu hanya ternganga lantas mengukir senyum. 

"Erkk jap eh. Mak cik nak cakap dengan Tisya jap" mak cik Atisya memandang Jiha sambil tangannya di atas meja solek.

"Hoh okay. Saya tunggu luar ya."
Atisya dan mak ciknya mengangguk.

Huh lama juga mak cik dia ni cakap dengan dia. Pasal apa. Jiha mengomel sendirian. Sudahlah dia dah rindu sangat dengan Atisya ni. Baru nak lepas rindu, nak menatap wajah Atisya puas-puas, kena tunggu giliranlah pula.

Atisya selesai sesi berborak hal penting dengan mak ciknya. Hal penting yang sampai orang luar pun tak boleh campur agaknya, fikir Jiha. 

Atisya menghampiri Jiha yang duduk di atas tangga rendah yang menuju ke bilik itu. Jiha duduk memeluk lutut. Wajahnya disembam ke lututnya. 

"Hmmph tidurlah ni."
"Jiha, Jiha..." Atisya cuba mengejutkan Jiha. Dah dihenjutkannya beberapa kali tetapi nampak liat pula budak seorang ini.
"Jiha...Tisya dah habis ni cakap dengan mak cik. Jiha bangunlah. Dahlah kita lama tak jumpa."

Mak cik Atisya hanya memerhati dari pintu bilik. Hai, takkan liat sebegitu sekali. Penat sangat ke berjalan siang tadi. 

Mak cik Atisya mula rasa tak senang hati. Dia menghampiri Jiha. Menggoyang-goyangkan lutut Jiha. Mengangkat kepala Jiha. Lembik. Tak macam orang yang dalam keadaan tidur biasa. Pengsan ke? Fikir mak cik Atisya.

"Eh mak su, dia pengsan ke?"

"Agaknyalah. Eh tolong mak su bawak dia dalam bilik. Pengsan agaknya ni."

"Aku harap ini mimpi. Aku harap ini mimpi. Aku harap ini mimpi!!!" Jiha menjerit namun tiada siapa mendengar jerit laungnya. 

"Eh kenapa semua orang menangis depan aku ni? Kenapa? Ahhhh....aku nak cakap kenapa tak keluar suara ni?"

Atisya hanya mampu mengalirkan air mata. Sesal juga dia tak melayan Jiha tadi. Kalau saja dia tahu Jiha akan pergi selamanya saat selepas dia menutup pintu bilik itu...takkan sesekali dia izinkan Jiha menutup pintu itu. Pasti dia sudah menahan pintu itu. Pasti dia sudah memanggil kembali Jiha. 

"Jiha, mehlah sini. Takpe, nanti-nanti boleh Tisya cakap dengan Mak su." Dia harap dia boleh cakap macam tu dengan Jiha. 

"Kenapa ni? Ya Allah... kenapa aku terbaring kaku ni..."

Jiha!! Jiha!! Suara kawan baik Jiha, Emmy yang menemaninya dalam percutian kali ini. Seorang lagi kawannya, Nadirah cuba menenangkan Emmy yang hampir memagut-magut lengan si Jiha.

"Emmy, jangan macam ni. Kesian Jiha. Dia nampak kita sedih tau." Nadirah memujuk Emmy supaya jangan terlampau beria meratapi si mati.

"Emmy, Jiha ada kat sini. Kenapa Emmy nangis ni. Ahhhhh! Apa tu? Apa yang hitam tu? Ahhh takutnya Ya Allah! Aku harap ini mimpi! Aku harap ini mimpi!"

Berulang kali Jiha mengulang 'Aku harap ini mimpi', namun tiada siapa mendengar. Tiada siapa dapat membantu.

"Ya Allah, aku harap ini mimpi. Bangunkanlah aku ya Allah. Aku nak hidup kembali. Aku harap ini cuma mimpi ngeri."

Jiha menangis namun air matanya tak keluar. Jiwanya meronta mengharap itu cuma mimpi. Lembaga hitam itu. Kenapa dia melambai-lambai. Jiha sangat takut. Lembaga itu sangat menyeramkan. Hitam dan berbulu.

"Aku harap ini mimpi" sudah tak berdaya dia merintih. 

Every lives shall taste death. Tidak dipercepatkan tidak pula diperlambatkan. 

Atisya masih menangis hiba. Menangis tanpa suara. Hanya air mata yang keluar. Ini pertemuannya yang terakhir dengan Jiha.

Jiha sedar 'ini' hakikat kehidupan. 
Selamat datang ke alam realiti wahai hamba Allah. Alam yang menjadi tujuan asal semasa kau di dunia. 


When you move to the other world, there's no turning back.






Tuesday, 9 September 2014

Tanya Sama Pokok



“Aduh, selalu macam ni! Lambat lagi. Lambat lagi. Habislah aku kena marah dengan Miss Nadia”.

Jam pagi itu sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Sepatutnya kelas Bahasa Inggeris bermula pukul 10.00 pagi namun akibat terlebih tidur, dia terlewat sekali lagi untuk ke kelas pada hari itu. Nabila Binti Mustafa, pelajar tahun satu jurusan Bahasa Inggeris di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa. Seorang yang bersahaja dan suka sambung tidur selepas subuh dan mengakibatkan dia selalu lambat hadir ke kelas. Hari itu terbukti sekali lagi bahawa tidur selepas subuh memang mengundang padah.

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana…
Tanpa menunggu telefon bimbitnya habis bernyanyi, Nabila terus mengangkatnya. Nama Izzati yang terpampang pada skrin telefon bimbit itu.

Hello Miss Class Rep, where are you girl?”
Alamak suara Izzati berubah! Menjadi suara Miss Nadia. Monolog Nabila dalam hati. Berdebar. Seram.

I am on my way to class. Sorry Miss. Sorry sorry sorry.
Five minutes to here!”

Dengan pantas Nabila menarik begnya di atas meja dan terus berlari sekencang mungkin untuk sampai ke kelas dalam masa lima minit. Berlari dan terus berlari tanpa menghiraukan mata yang memandang. Tanpa dia perasan orang ramai mula tergelak melihat gerakan lariannya itu namun dia terpaksa memberhentikan lariannya apabila tersekat dalam kelompok yang ramai, juga menuju ke blok yang sama.

“Subhanallah! Asal handsome sangat budak tu? Ini yang buat aku tak fokus ni. Ya Allah, ujian betul pagi-pagi ni.” monolog lagi si Nabila ini dalam hatinya setelah terpandang seorang lelaki yang sederhana tinggi, agak cerah kulitnya dan bermata kuyu.

Petang itu Nabila pulang ke biliknya bersama dengan Widad, teman sebiliknya namun mereka berlainan jurusan. Widad ialah pelajar jurusan Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam. Nabila diam sahaja sepanjang perjalanan. Teringat lelaki itu. Widad yang melihat keadaannya begitu tahu sangat yang Nabila sedang memikirkan sesuatu.

“Jangan cakap yang kau jatuh cinta lagi.” Widad memulakan bicara.
“Hah. Apa ni? Aku pernah jatuh cinta banyak kali ke?”
“Tak lah banyak kali. Kau ingat aku tak kenal kau ke? Dulu masa kau minat Encik Bravo, perangai kau macam ni juga time balik kelas. Diam seribu bahasa. Engkau tak payah nak tipu aku sangatlah.”

Nabila tidak membalas. Otaknya ligat berfikir jalan bagaimana untuk mencari identiti sebenar lelaki itu. Pada Nabila, lelaki itu sangat menarik perhatiannya. Seolah- olah ada misteri pada lelaki itu yang ingin sekali dirungkainya.
                            *************************************************
“Siapa nak tengok gambaq kelas aku?” jerit Sakinah, rakan sebilik Nabila yang sedang mempromosi gambar kelasnya di dalam bilik mereka dengan menggunakan loghat Kedah.
Semua ahli bilik teruja untuk melihat gambar itu kecuali Nabila. Nabila tidak peduli sahaja kerana sememangnya dia sudah kemaruk memikirkan si bermata kuyu itu. Sudah beberapa kali Nabila bertembung dengannya terutamanya pada hari Jumaat. Nabila seolah-olah sudah tahu jadual lelaki tersebut pada hari Jumaat. Lelaki itu pasti akan ditembunginya setiap kali Nabila mahu ke kelas pada pukul 10.00 pagi dan lelaki itu pasti dalam perjalanan pulang dari kelas. Tidak sempurna hari Jumaatnya kalau dia tidak bertembung dengan lelaki itu.

“Ah siapa dia? Dia course apa? Dia orang mana? Kenapa dia selalu jalan seorang diri? Dia tidak ada kawankah?” bertalu-talu soalan timbul di benak Nabila tentang lelaki itu. “Kenapa dia muncul di saat peperiksaan akhir semester semakin hampir”.

Hang tak mahu tengok gambaq kelas akukah? Hang bagilah komen sikit dengan gambaq ni”. Sakinah tiba-tiba terpacul di hadapan Nabila sambil menghulurkan gambar itu. Nabila hanya mampu tersenyum lalu mengambil gambar itu. Asyik Nabila memerhatikan satu persatu wajah di dalam gambar itu. Manalah tahu ada yang dikenali.

“Eh, Hafiz!” Nabila membuat eksperesi terkejut sambil jarinya menunjuk ke arah Hafiz yang berada dalam gambar itu.
 “Hang kenalkah Hafiz?” Sakinah bertanya.
“Kenal. Kawan Facebook. Selalu juga chatting dengan dia”. sebenarnya ada seseorang lain yang Nabila ingin tahu namanya. Tidak lain tidak bukan si bermata kuyu itulah.
“Sakinah, yang ini siapa namanya, yang sebelah Hafiz ni?”
“Oh, yang itu Adam! Awat? Hang berkenankah?” Sakinah cuba mengusik Nabila.

Nabila senyum tanpa menjawab apa-apa. “Oh, Adam rupanya!” Dalam hati Nabila gembira tidak terkata kerana dia sudah tahu nama lelaki itu.
                 *******************************************************
Adam membuka komputer ribanya berlatar belakangkan gambarnya bersama Faizah, teman wanitanya atau lebih mesra dipanggil Jaja. Sudah hampir setahun setengah mereka membina hubungan cinta. Adam membuka laman sosial Facebooknya.

“Budak-budak ni tak ada kerja lain. Asyik tag gambar aku sahaja. Sudahlah ambil gambar curi-curi”. Adam mengomel sendirian. Sempat juga dia mengukir senyuman terkenang akan kenakalan kawan-kawannya yang suka mengambil gambarnya lalu dimuat naik ke dalam laman sosial Facebook. Dalam gambar itu Adam sedang bermain skuash. Sukan yang memang menjadi kepakarannya kerana dia ialah pemain skuash bagi sekolahnya menengahnya dahulu.

Adam bin Ikram, juga pelajar tahun satu jurusan Sains Kemanusiaan di universiti yang sama. Faizah, teman wanitanya yang mengambil jurusan undang-undang, juga di situ. Mereka bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil. Kedua-dua mereka ialah atlet skuash.
                 **********************************************************
Semakin hari Nabila menjadi semakin tidak menentu. Dia membuka Facebook hampir setiap hari untuk mengikuti perkembangan Adam. Nabila memuatturun semua gambar-gambar Adam yang terdapat dalam Facebooknya.

It is just a very weird feeling that I want to know him more and more until he knows me, until he realizes my existence. Ya Allah Widad, tell me why? Why I have to care about him?” malam itu Nabila sudah betul-betul tidak tahan dengan perasaan peliknya terhadap seorang lelaki yang bernama Adam.
You know what Nabila? Kau kena lebih banyak istighfar. When you suddenly remember him,say Astagfirullahalazim. Jadikan dia sebagai lubuk pahala kau. Semakin banyak kau ingat dia, semakin banyak kau beristighfar”.
“ Hmm, aku tak tahu kenapa aku rasa macam nak memiliki dia sedangkan aku tahu dia sudahpun mempunyai girlfriend”.
“Macam inilah, kalau betul kau rasa kau sayang pada  dia, minta hati dia dengan Allah. Sebab Allah yang memiliki hati-hati manusia termasuklah Adam”. balas Widad sambil mencubit pipi tembam Nabila lalu meninggalkannya dengan penuh persoalan.
          *****************************************************************
Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Nabila menyumbatkan fon telinga ke telinganya lalu memainkan lagu Pokok nyanyian Meet Uncle Hussain dan Hazama. Hampir setiap hari dia mendengar lagu itu. Lirik dan seni kata lagu itu sudah sebati dengan jiwanya.

Terlalu banyak alasannya…Ku terdiam
Menyusur di kaki lima…Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh…

Tiba-tiba hati nurani Nabila seolah-olah tersentap mendengar seni kata ‘Terlihat bayang wajah kelmarin’. Teringat dia sewaktu dia belum mengenali Adam. Pelajaran menjadi sangat seronok. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada pensyarah yang sedang mengajar. Bersuka ria bersama teman-teman. Kini kehidupannya seolah-olah berputar 180 darjah. Tumpuan dalam kelas sudah lari memikirkan yang lain. Solat juga lambat dan tidak khusyuk. Masa bersama teman-teman sudah berkurangan kerana dia lebih suka bersendirian kini. Melayan perasaan kononnya. Nabila sedar yang hidupnya kini tidak seperti dahulu. Masanya lebih banyak dihabiskan untuk  Adam walaupun Adam tidak pernah mengenali dirinya. Sanggup makan tengah hari di kedai makan yang menjadi kegemaran Adam. Mengekori Adam sekiranya terserempak dengannya. Melihat gambar Adam di dalam telefon bimbitnya hampir setiap masa dan setiap gambar Adam yang terbaru di Facebook pasti dimuatnaiknya. Seolah-olah hidupnya kini berpaksikan pada Adam, yang datang dari mana entah.

“Isy! Hati aku dah jauh ni. Kenapalah rasa asyik rasa tak tenang? Astaghfirullahalazim. Astaghfirullahalazim.”

Lalu wuduk diambil dan sejadah pun dihampar. Nabila menyarungkan telekungnya yang putih ibarat tiada noda.

“Allahu Akbar” Nabila mengangkat takbir. Solat sunat taubat. Solat sunat yang selalu diamalkannya sebelum tidur. Itupun tiga bulan yang dahulu, sebelum dia mengenali Adam.
                   *******************************************************
“Widad, aku cuma nak Adam tegur aku walau sekali pun tak mengapalah. Aku tahu dia kenal aku. Sebab dia pernah wish pada aku masa birthday aku hari itu”.
“Nabila, siapa-siapa pun boleh wish kalau setakat dalam Facebook tu. Kau janganlah mendalam sangat”.

“Aku kata aku yakin, aku yakin! Okeylah. Kau dengar sini baik-baik Widad. Aku tak kisah aku tengok dia dari jauh. Aku tak kisah langsung dia dah ada girlfriend. Aku tak nak pun dia tahu aku suka pada dia sebab kalau dia tahu, dia mesti akan benci pada aku tapi kalaupun dia tak kenal aku dan tak pernah sedar akan kewujudan aku, aku akan pastikan time degree nanti, aku sendiri yang akan confess pada dia. Waktu tu aku dah tak kisah apa pun yang akan dia anggap pada aku”.

“Wah, kau sangat tegar! Hmm aku doakan kau berjaya. Aku cuma nak bagi kau satu nasihat, racun dalam hidup ni ialah bila kita terlalu berharap pada sesuatu”.
Nabila hanya terdiam mendengar jawapan Widad itu dan membayangkan bagaimana agaknya keadaan ketika dia hendak meluahkan perasaannya terhadap Adam nanti. Sudah pasti sangat mendebarkan. Respon Adam pasti mengecewakan atau sangat mengecewakan.
“Kau pastikan aku Widad!”
“Mesti!”
           ****************************************************************

Sementara itu di kafe Umar al-Khattab, Adam dan Hafiz sedang menikmati makan malam sambil berbual-bual.

“Baru-baru ni kan Hafiz, aku perasan ada seorang perempuan selalu mengekori aku. Dia selalu pandang aku dari jauh. Kalau aku masuk library, dia masuk library and then dalam library dia bukan baca buku pun. Asyik pandang aku saja. Kau tahu tak, dia selalu makan di kafe ni, dia ikut aku”. Adam memulakan bicara.
“Eiii, seramnya aku dengar. Entah-entah ada penyakit psikologi”. Hafiz merespon perbualan.
‘Kasihan kau Adam. Padahal aku tahu itu siapa. Tapi aku terpaksa simpan rahsia ini demi menjaga nama baik Nabila’. Hafiz bermonolog dalaman. Sudah pasti Adam tidak mendengarnya. Hafiz sudah tahu perkara sebenar kerana Nabila pernah memberitahunya melalui ruangan perbualan dalam Facebook. Nabila meminta perkara ini dirahsiakan kerana perkara ini akan dibongkarkan sendiri olehnya suatu hari nanti.
           *************************************************************
Terlalu mahu dan mahu…Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya…Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah…Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Sudah empat tahun berlalu di kampus induk ini. Nabila sudah hampir ke saat-saat akhir tempoh ijazahnya dalam bidang Sastera Bahasa Inggeris manakala Adam pula dalam bidang Sosiologi. Sehingga ke tahun ini, hari ini, tarikh ini, Nabila masih belum meluahkan perasaannya itu pada Adam. Dia masih belum punya kekuatan sedangkan dia juga tahu bahawa hubungan antara Adam dan Faizah sudah lama terputus sejak tahun satu di sini lagi.

Miss Nabila! Remember your words. Dah 4 tahun berlalu. Adam dah clash dah pun dengan si Jaja tu! Cepat-cepat masuk!’ mesej dari Widad tiba-tiba memasuki telefon bimbit Nabila.

Nabila membalas ringkas ‘Ya Allah, jika Adam benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku dan hatiku dengan hatinya. Jika Adam bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu.’

Widad balas pula ‘haha…poyo enough tapi very superb-good-girl. You know what’s the best for you. Kita dah besar kan. I’m sure you’ll be alright.’
Nabila, ‘ :)
23 Mac 2012@uiapj

First, Love, Yourself, Please


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...