Riuh rendah kelas itu sambil menunggu pensyarah
datang. Semua berbual antara satu sama lain. Widad dah Siti Fatimah juga turut
mengambil kesempatan ini.
“ Weh, dah tengok blog aku?” Widad memulakan
perbualan.
“ Sejak bila kau ada blog?” Soal Siti Fatimah
sambil meletakkan tangannya di bahu.
“ Eh of courselah. Nanti buka ya.”
“ Yalah. Best sangat ke blog kau tu?”
“ Hmm…nak kata macam mana ya. Adalah juga
cerpen,pendapat aku…
Lepas tu ada banyak lagilah. Cubalah buka, baru
tahu.”
“ Okey nanti aku buka. Kalau tak best kau
belanja aku ais-krim.”
Widad membesarkan mata. Tak tertahan dengan
sikap Siti Fatimah yang selalu sahaja mengugutnya supaya belanja.
“ Aku okey saja.” Widad menjawab penuh
bersahaja.
“ Bro datang, bro datang.”
“ Widad, bila nak siapkan cerpen kau tu?”
Natirah menegur Widad dalam perjalanan pulang dari kelas.
“ Alah, aku busy sikit semenjak dua
menjak ni. Dah buat sikit dalam laptop but still tak siap lagi.”
“ Cepat sikit buat. Tak sabar nak baca
sambungannya.”
“ Okey, insya-Allah aku akan siapkan secepat
mungkin.Next week hari Jumaat insya-Allah aku publishkan.”
“ Okey aku tunggu tau.”
Widad hanya tersenyum mendengar ayat terakhir
dari Natirah itu. Sebenarnya dia juga belum pasti sama ada cerpen itu dapat
disiarkan dalam blognya pada minggu hadapan atau tidak.
“ Widad, ada pertandingan tulis cerpen sempena
Raudhah Festival ni tahu.”
“ Tahu…”
“ Masuklah.”
“ Saya ni bukan apa. Kalau saya buat sesuatu tu,
selalu sahaja tak settle. Itu yang saya malas tu.”
“ Widad, pernah dengar tak ayat ni? Sesungguhnya
Allah menyukai orang yang melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan tekun.”
Widad terdiam. Hanya mengangguk. Siapa yang
tidak pernah mendengar ayat itu.
إن
الله يحب من عمل عملا أن يتقنه.
Sejak sekolah lagi dia pernah dengar ayat itu.
“ Kak Inas percaya Widad ada bakat menulis
tetapi malas.”
“ Malas? Saya tak ada masa nak menulislah kak
Inas.” Berang juga dia dituduh sebegitu sekali oleh kakak naqibahnya.
“ Yalah tu tak ada masa. Tahu tak, orang yang
sangat sibuk sekalipun tak pernah bagi alasan macam tu. Tak ada masa? Tak
relevan langsung alasan tu.”
Diam. Tiada respon. Bengang namun mengiyakan
sahaja kata-kata kak Inas itu. Memang betul pun dia begitu. Malas. Suka buat
kerja separuh jalan.
Widad Safra binti Khalid. Pelajar jurusan Ilmu Wahyu
dan Warisan Islam tahun kedua di Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya. Mempunyai
minat yang mendalam dalam bidang penulisan namun mempunyai tabiat kurang baik
iaitu kuat tidur dan malas.
Lamunan terhenti apabila Widad sampai
betul-betul di hadapan biliknya.
Widad masuk dan terus duduk di meja studinya.
Termenung seketika. Teringat kembali kata-kata kak Inas itu.
“ Hmm aku ada bakat?”
“ Betulkah?”
“ Kenapa rasa malas sangat ni?”
“ Arghhh! Aku boleh tapi aku selalu cemarkan
bakat aku dengan sifat kemalasan ni!”
Komputer riba dihidupkan. Fail dokumen dibuka.
Termenung sejenak. Widad bangun dari kerusinya dan mengambil roti pandan dalam
bekas makanannya. Kembali ke meja studi sambil menggigit roti itu sebanyak
mungkin.
Masih mencari. Aku Budak Tak Bersalah.
Itulah cerpen tidak siap yang menjadi tanda tanya di kalangan kawan-kawannya.
Bila cerpen ini akan siap sepenuhnya? Apakah yang cuba disampaikan dalam watak
Arif sebagai watak utama dalam cerpen ini.
Widad memicit dahi. Tertekan. Dahinya berkerut.
Tiada langsung idea yang keluar dari mindanya untuk menyambung cerita ini. Roti
digigit lagi. Widad mencapai telefon bimbitnya yang berjenama Sony Ericsson.
Mendail nombor seseorang.
Tut tut …tut tut.. tut tut…
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Ya Widad. Ada apa?”
“Kak Inas sihat?”
“Alhamdulillah. Macam nilah dari dulu. Steady
and always will be.”
Kedua-dua mereka tertawa kecil.
“Kak Inas…”
“Ya saya. Kenapa ni? Macam ada masalah sahaja.”
“Dah buka blog saya?”
“Hah! Tak beritahu pun ada blog. Macam mana nak buka.”
“Yakah? Saya belum beritahu?”
“Belum.”
“Hmm tak apalah. Okey. Ilal liqa’.”
“Eh nanti dulu. Ada something ni nak
beritahu. Bukan pasal blog sahaja kan? Baik cakap.”
“Tak ada apa-apalah. Okey. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Kalau dah ready nak cakap,
just call me okay?”
“Okey.”
Hajatnya ingin mendapat kata-kata semangat dari
kak Inas tetapi sayangnya tidak sesuai dengan keadaan. Mereka hanya berbual
biasa. Hubungannya dengan kak Inas sangat rapat ibarat isi dengan kuku. Sangat
rapat. Usrah telah menemukan mereka. Kak Inas memang seorang naqibah yang
sangat bertanggungjawab.
Misi Widad belum selesai. Dia perlukan dorongan
dan sokongan dari seseorang untuk dia menyudahkan cerpen Aku Budak Tak Bersalah
ini. Jari jemari sudah bersedia untuk menaip. Kosong. Masih kosong. Belum mampu
menaip apa-apa.
Dahi berkerut lagi.
Mata dikecilkan.
“ Arghhh! Buat serabut saja fikir semua ni!
Bukan penting pun!”
Widad bangkit dari kerusi dan menolaknya sekuat
hati. Katil dipanjatnya dan terus sahaja merebahkan badan. Mata dipejam dan
akhirnya dia tertidur.
(Mimpi)
“Ya Allah, tidur budak seorang ni. Kata nak jadi
penulis berjayalah, penulis hebatlah.
Kata nak buat novellah, best sellerlah apalah.
Ini tidur pula.”
Kak Inas membuat kunjungan mengejut ke bilik
Widad. Kebetulan dia sedang tidur dan selalunya memang begitu. Semasa kak Inas
datang itulah dia sedang tidur.
Terkejut dengan suara kak Inas, Widad lantas
bangun dan menyapu mukanya.
“Saya penat sangat kak Inas. Hari ini kelas saya
padat sangat dari pagi sampai petang. Ada apa datang ni?”
“Ya, penat tapi janganlah tidur lepas Asar. Kan
tak baik. Kak Inas nak buat usrah petang ni. Tajuk baru. Orang telefon banyak
kali kot. Tak angkat-angkat. Cuba tengok handphone.”
Widad terjaga dari tidurnya. Meraba-raba
cuba mencari telefon bimbitnya.
10 missed calls. Ya, sama seperti dalam mimpi.
“Ya Allah kenapa kejadian hari tu boleh jadi
mimpi pula. Allahu akbar. Astaghfirullah astaghfirullah.”
Panggilan tidak dijawab semuanya dari kak Inas.
Pelik Widad kenapa pula kak Inas tiba-tiba mahu menghubunginya sedangkan selama
ini dia sahaja yang sering menelefon kak Inas.
Menekan sesuatu pada telefon bimbitnya dan
apabila selesai dia mencampakkan telefon bimbit itu ke atas bantal.
Mesej diterima.
‘Kak Inas’.
Widad, something not settle yet? Let me know
please.
Widad mendengus. Kak Inas, kenapa pula sekarang
dia cuba memujuk aku? Selama ini abaikan sahaja aku setelah masuk ke UIA Gombak
untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kesusasteraan Bahasa Arab.
Begitulah fikir Widad.
Mesej dibalas.
Nothing kak Inas, just ignore me as you did
before. Tak perlu dah kot tanya macam-macam pasal saya. Insya-Allah saya okey saja. Ilal liqa’.
Kak Inas mendapat reaksi yang sangat terkejut
dengan jawapan itu. Hatinya tidak tenang. Ada sesuatu yang budak seorang ini
sembunyikan daripadanya.
“Okey, hari ini kita nak masuk tajuk baru.
Tajuknya ialah Dakwah Islamiyah dan Amar Makruf dan Nahi Munkar. ….
So dakwah ni kita kenalah lakukan dengan
bijaksana. Bersesuaian dengan keadaan siapa mad’u kita. Bak kata orang dakwah
dengan berhikmah. Hmm… ada soalan tak?”
“Memang ada. Saya nak tanya…Adakah kak Inas rasa
dengan cara pergi ke bilik saya secara mengejut tadi adalah cara yang berhikmah
untuk ajak pergi usrah? Adakah kak Inas rasa cara kak Inas berkata yang
kononnya saya nak jadi penulis hebat sebagai berhikmah? Adakah kak Inas fikir
saya yang nampak baik ni tak ada perasaan malu apabila ada orang yang datang
mengejutkan kita tidur dan terus berkata macam-macam tentang diri kita? Saya minta maaf tetapi saya
sebenarnya kurang senang dengan sikap kak Inas tadi. By the way, saya memang
nak jadi penulis hebat pun dan kalaupun saya dikatakan kuat tidur, itu tidak
memberi kesan pun kepada saya.”
Kak Inas terdiam dan terkaku. Cuba dibangkangnya
namun dia juga sedang memuhasabah diri balik. Mungkin benar kata Widad. Dengan
kata-katanya tadi, mungkin menyebabkan hubungan mereka retak dan pecah
berderai.
Dan perkara itu betul-betul terjadi. Hampir tiga
bulan mereka tidak bertegur sapa dan akhirnya kak Inas meminta maaf dari Widad
sebelum dia tamat belajar di Pusat Asasi UIAM ini.
Kak Inas menghubungi Aimi. Dari Aimi, kak Inas
mendapat maklumat Widad. Mahallah, bilik, jadual kelas jadi senang untuk dia
menziarah Widad.
Widad menjauhkan diri dari semua orang. Kali ini
dia sengaja pergi ke blok E yang agak terpencil dari semua bangunan di Pusat
Asasi UIA Petaling Jaya ini. Siap membawa kertas kajang dan pen aneka warna
kegemarannya.
E116. Kelas yang dipilih Widad untuk dia
beruzlah.
Aku Budak Tak Bersalah. Nampak macam mudah jalan
ceritanya namun hakikatnya Widad sendiri buntu apakah kesudah yang paling
sesuai untuk cerpen ini.
“Arif bertemu dengan Nurul Izzah dalam Creativo
Design dan cemburu dengan gadis itu kerana Encik Eric selalu memberikan
perhatian kepadanya. Sedangkan sebelum ini dia boleh dianggap sebagai pekerja
kesayangan Encik Eric. Hmm…Best! Arif jealous dengan Nurul Izzah
sebab perempuan itu menjadi saingannya dan lama-kelamaan perasaan jealous
tu bertukar jadi cinta. Yes! I knew it! Alhamdulillah.”
Pantas mengambil sehelai kertas kajang dan
menulis segala idea segarnya sambil bibir mengukir senyuman. Lega. Rangka
kasarnya sudah siap. Tinggal lagi ingin ditaip di dalam komputer ribanya.
“Balik ni aku akan taip and then finish all
of these things by this tonight and I will publish it. Beres!” Widad
bermonolog separuh menjerit memandang cuma dia di dalam kelas itu.
“Aimi, jangan cakap kat Widad ya kak Inas nak
datang. Nak buat surpriselah sikit.”
“Beres saja kak.”
“Ni Aimi, kak Inas nak tanya ni. Aimi ada
perasan tak Widad macam pelik sikit semenjak dua menjak ni?”
“Hmm…tak ada pula. Selalu kalau jumpa Aimi okey
saja. Tak ada yang pelik pun.”
“Okeylah, tak apalah kalau macam tu. Okey Aimi.
Syukran.”
“Afwan.”
Perbualan melalui telefon itu terhenti. Kak Inas
masih tertanya-tanya kenapa dengan Widad, seolah-olah berdingin dengan dirinya.
Okey semua yang dapat mesej ini boleh melayari
widadbravo.blogspot.com untuk mengikuti kisah hidup Arif yang selanjutnya.
Pasti mengujakan! Harap semua puas hati.
Widad menghantar mesej ini kepada ramai. Siti
Fatimah, Aimi, Adawiyah, Jue, Sarah, Akma, Ruslina, Najah, Natirah, Fitrah,
Basyirah dan ramai lagi. Kini Widad mampu menarik nafas lega kerana sudah
meyiapkan cerpen yang amat ditunggu-tunggu kawan-kawannya. Terus sahaja dia
mematikan komputer ribanya.
Mata tak tertahan lagi untuk dilelapkan dan
tiba-tiba dunia menjadi gelap.
10 mesej diterima.
‘Najah Johor’.
Dad, okey lah tu penghabisan dia. Wallaweh.
‘Siti Fatimah(sifat)’.
Amboi ada juga bab-bab cinta. Ingatkan kau ni
tak romantik. Kih3.
‘Natirah comel’.
Well done dad! Tapi awat ending dia lagu tu? J
‘Adawiyah’.
Tahniah. Nanti buat lagi siri 2. Yang dah kahwin
punya. Hehehe.
‘Basyirah hebat’.
Sayang, pandainya kamu buat cerita. All the
best. Teruskan usaha ya!
‘Ruslina’.
Best!
‘Jue ekonomi’.
Widad memang bravo!
‘Aimi~Love’.
Dad, kau kat mana?
‘Fitrah’
Aku yakin hang boleh pergi jauh. Ganbatte!
‘Kak Inas’
Widad, kak Inas rasa macam ada sesuatu yang
belum selesai antara kita. Tolonglah maafkan kak Inas. Tentang dulu, sekarang
dan mungkin bila-bila sajalah, tolong maafkan kak Inas. Rasa bersalah sangat
ni. Nanti petang ni insya-Allah kak Inas datang PJ. Harap dapat borak panjang
dengan Widad. Rindu awak.
Love~
Subuh itu Afiqah terjaga dahulu sebelum Widad.
Sudah hampir pukul 6.30 pagi. Pelik juga Afiqah. Selalunya Widad akan bangun
awal dan akan menggerakkannya.
“Widad, Widad, subuh dah. Bangun.” Afiqah
mengejutkan Widad dalam keadaan mamai dan terus pergi ke bilik air untuk mengambil
wudhuk.
Seusai solat itu, Widad belum juga bangun. Sudah
berapa kali dikejut oleh Afiqah.
“Letih sangat agaknya budak ni.” Sangka Afiqah
dalam hati.
Sekali lagi dia menggerakkan Widad. Kali ini
lebih ganas.
“Hmm period kot.” Afiqah beranggapan
begitu kerana Widad selalunya tidak akan bangun awal kalau sedang datang bulan.
“Ya Allah, tak sangka pula kali itu ialah subuh
terakhir aku dengannya.” Afiqah menyapu air matanya. Terlalu sedih kerana
kehilangan teman sebilik yang sangat baik.
Yang lain menggosok-gosok belakang Afiqah, cuba
menenangkan sedangkan yang lain juga amat sedih dengan pemergiannya.
Kak Inas, tentu yang menjadi paling terkilan.
Kehadirannya ke Pusat Asasi UIAM petang itu disambut dengan berita kematian
Widad.
“Widad, apakah yang kau ingin sampaikan
kepadaku?” air mata Kak Inas tumpah jua demi Widad.
“Kak Inas, cuba tengok ni.” Aimi menghulurkan
telefon bimbit Widad kepada Kak Inas.
Semua mesej baru itu dibacanya. Semua mesej yang
memuji karya terakhir Widad, Aku Budak Tak Bersalah. Kak Inas menangis tiada
henti.
“Dik, kamu sebenarnya sudah menjadi penulis yang
hebat.”
Widadbravo.blogspot.com secara tiba-tiba menjadi
perhatian di seluruh Pusat Asasi UIAM.
“Wah, 2256 follower! Hebat kau Widad.”
Afiqah membuka blog Widad buat pertama kalinya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu
yang Widad pernah katakan padanya. Diperhatinya setiap karya itu mendapat komen
yang panjang berjela.
“Afiqah, kau nak tahu tak. Sebenarnya penulis
yang baik dan hebat itu tak terkenal pun tetapi karyanya akan jadi famous
setelah dia mati.”
“Ya betul kata kau Widad. Kini baru karya kau
mendapat perhatian dari ramai orang. Kaulah penulis yang hebat tu.” Afiqah
tersenyum sendirian.