Monday, 5 August 2013

Hari raya Eidul Fitri : Makna dan bagaimana.


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang membaca nukilanku ini sempena Eidul Fitri 1434 hijrah. Saya terpaksa menulis sambil dengar lagu raya demi mengambil mood raya. Kalau tak, malasnya nak tulis. Huh.



Eidul Fitri ini ialah hari kebesaran bagi umat Islam. Juga selalu disebut-sebut sebagai hari kemenangan setelah sebulan berhempas pulas berusaha mendapatkan  rahmat, keampunan, dan permohonan dijauhkan dari api neraka.


Didalam bulan Ramadhan, umat Islam sibuk dengan ibadat khusus dan sunnah demi merebut pahala berganda yang dijanjikan Allah. Betapa beruntungnya orang Islam dikurniakan bulan ini. Maka Eidul Fitri inilah hari bagi meraikan mereka yang telah melawan nafsu dengan penuh iman yang mantap, InsyaAllah.





الله أكبر  الله أكبر  الله أكبر
لا إله إلا الله  هو الله أكبر
الله أكبر  ولله الحمد




Pada hari ini, umat Islam seluruh dunia bertakbir dan bertahmid memuji Allah yang maha esa sebagai tanda kesyukuran yang amat sangat. Inilah hari kegembiraan bagi seluruh umat Islam kerana pada hari ini, segala ampunan dan rahmat daripada Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW.  Mereka umpama bayi yang baru lahir oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan fitrah dan suci dari segala dosa.



Semasa zaman jahiliah, mereka juga mempunyai hari raya mereka dengan cara yang tersendiri. Mereka menyambut dengan pelbagai kemaksiatan seperti minum arak dan menyembah berhala.



Hadirnya Rasulullah SAW untuk membetulkan akhlak manusia, maka hari raya itu digantikan dengan Eidul Fitri dan Eidul Adha. Sabda Rasulullah SAW :-



“Dahulu kalian mempunyai dua hari yang kalian melakukannya untuk bersenang-senang dan sungguh Allah telah menggantikan keduanya yang lebih baik iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.”



Adab menyambut Hari Raya Eidul Fitri :-

  • ·         Mengucapkan tahniah :-

                  
تقبل الله منا ومنكم                     

                  “Semoga Allah menerima daripada kami dan daripadamu.”

  •          Bersedekah melalui penyediaan makanan yang enak buat tetamu.

  •          Memakai pakaian yang cantik dan bersih.

  •         Bersederhana dalam kegembiraan menyambut Syawal.

  •         Menziarahi rumah jiran-jiran dan saudara-mara.

  •        Makanan dan minuman tidak dibazirkan.

  •         Tidak menganjurkan majlis yang bertentangan dengan syariat seperti pergaulan    bebas.

  •        Bermaafan di atas kesalahan yang lalu dan berazam untuk tidak mengulanginya        (yang ini waktu Ramadhan lagi dianjurkan tahu)

  •     Mengenangkan kesusahan insan yang kurang bernasib baik.





Perkara paling awal yang dilakukan sewaktu hari raya  Eidul Fitri sudah semestinya solat hari raya Eidul Fitri. Rasulullah SAW telah menunjukkan beberapa perkara yang menjadi sunnah baginda sebelum melakukan solat hari raya. Antaranya ialah :-



  •         Makan dahulu sebelum pergi bersolat. Jika ada buah kurma, makan dalam jumlah yang ganjil.

  •         Mandi sebelum keluar rumah untuk bersolat dan memakai pakaian yang paling baik dan memakai wangi-wangian.

  •          Pergi ke masjid melalui jalan lain dan pulang melalui jalan lain. Ini dilakukan supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang yang berlainan.

  •          Keluar awal ke tempat solat.

  • ·        Bertakbir sepanjang perjalanan ke masjid dengan suara yang nyaring. (saya ingat lagi,  pernah sekali naik motor dengan abang pada hari raya menuju ke masjid. Dia   bertakbir dengan penuh riang sekali. Maa sha Allah.)

  •        Takbir beramai-ramai sebelum memulakan solat.

  •        Berjalan kaki ke tempat solat.




الله أكبر كبيرا  والحمد لله كثيرا
وسبحان الله بكرة وأصيلا
لا إله إلا الله وحده  صدق وعده ونصر عبده
ونصر عبده  وأعز جنده  وهزم الأحزاب وحده
لا إله إلا الله هو الله أكبر
الله أكبر ولله الحمد


Ibarat berjujuran air mata ini, mendengarkan takbir membesarkan Allah.



Wah, dah macam nak buat khutbah raya pula. Okeylah, saya rasa setakat ini dahulu untuk post kali ini. Doakan saya boleh menulis lebih lagi untuk hari raya Eidul Adha mungkin.



Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kullu am wa antum bikhoir kepada semua pembaca dan pelawat blog yang tak berapa siap ini. ^^
Ampun maaf belaka-belaka ya =)

Semoga raya tahun ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya.



Raya Puasa 2011





Ja ne~

(See ya~)






Sumber rujukan :-

  *Majalah Anis bil 157, September 2010
  *Ensiklopedia Solat, Telaga Biru, Datuk Haji Md Hashim Yahaya

* *http://ramadhankent.blogspot.com/2008/09/tazkirah-syawal-adab-adab-menyambut.html

Friday, 2 August 2013

Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w



Khutbah terakhir Rasulullah (9hb Zulhijjah 10H) di Lembah Uranah Gunung Arafah.



“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui adakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir.



Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.



Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.



Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu segala urusan yang berkaitan riba dibatalkan mulai sekarang.



Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.



Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.



Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.



Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.



Wahai manusia, dengarlah sungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat 5 kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.



Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.



Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah, agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.



Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.



Sesungguhnya aku tinggalkan kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.



Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.



Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu.


Awan yang kelihatan sewaktu penulis menjalani orientasi di Pusat Asasi UIAM
 2011/2012.

Thursday, 1 August 2013

Apakah abtar?
















 Orang arab jahiliah menggelar seseorang 
 yang mereka tidak suka sebagai 'abtar.'

Abtar bermaksud orang yang tidak akan dikenang setelah kematiannya. Orang yang tidak akan diingati dan tidak menjadi sebutan manusia lagi apabila dia telah meninggal dunia.

Pernahkah anda mendengar nama Al-Aas ibn Waail ? Saya pasti anda tidak pernah mendengarnya bukan? Namun dialah manusia yang telah menggelarkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai abtar akibat kebencian yang teramat mendalam terhadap baginda.

Kini, tiada yang menyebut namanya sebaliknya nama Nabi Muhammad s.a.w disebut-sebut dari utara ke selatan, dari timur ke barat, dan dari negeri arab sampai ke negeri barat. Kita juga tidak terlepas daripada beriman dengan agama yang diwahyukan kepada Nabi kita ini.

Subhanallah, benarlah Muhammad itu Rasul akhir zaman yang tidak akan luput ingatan penduduk bumi ini terhadap baginda.

1. Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak.
2. Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah).
3. Sungguh, orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat Allah).

(Surah Al-Kausar:108)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...