Monday, 22 September 2014

Aku harap ini mimpi

Jiha menguak pintu bilik Atisya. Dia ingin benar berjumpa dengan Atisya dan berbual lama dengannya. Sudah berapa tahun mereka tidak bertemu. Takdir Maha Esa, Jiha pergi bercuti ke resort yang sama dengan Atisya. Tadi petang dia terserempak dengan Atisya di kafe resort itu. 

Tuk tuk tuk. Jiha membuka terus pintu itu sambil memberi salam. Entah kenapa dia tak fikir panjang sebelum membuka pintu itu. Selalunya dia akan tunggu tuan rumah mengajak masuk dahulu. 

"Oh sorry sorry. Ingatkan Atisya sorang je tadi. Ada orang rupanya. Sorry."
Atisya dan ibu saudaranya itu hanya ternganga lantas mengukir senyum. 

"Erkk jap eh. Mak cik nak cakap dengan Tisya jap" mak cik Atisya memandang Jiha sambil tangannya di atas meja solek.

"Hoh okay. Saya tunggu luar ya."
Atisya dan mak ciknya mengangguk.

Huh lama juga mak cik dia ni cakap dengan dia. Pasal apa. Jiha mengomel sendirian. Sudahlah dia dah rindu sangat dengan Atisya ni. Baru nak lepas rindu, nak menatap wajah Atisya puas-puas, kena tunggu giliranlah pula.

Atisya selesai sesi berborak hal penting dengan mak ciknya. Hal penting yang sampai orang luar pun tak boleh campur agaknya, fikir Jiha. 

Atisya menghampiri Jiha yang duduk di atas tangga rendah yang menuju ke bilik itu. Jiha duduk memeluk lutut. Wajahnya disembam ke lututnya. 

"Hmmph tidurlah ni."
"Jiha, Jiha..." Atisya cuba mengejutkan Jiha. Dah dihenjutkannya beberapa kali tetapi nampak liat pula budak seorang ini.
"Jiha...Tisya dah habis ni cakap dengan mak cik. Jiha bangunlah. Dahlah kita lama tak jumpa."

Mak cik Atisya hanya memerhati dari pintu bilik. Hai, takkan liat sebegitu sekali. Penat sangat ke berjalan siang tadi. 

Mak cik Atisya mula rasa tak senang hati. Dia menghampiri Jiha. Menggoyang-goyangkan lutut Jiha. Mengangkat kepala Jiha. Lembik. Tak macam orang yang dalam keadaan tidur biasa. Pengsan ke? Fikir mak cik Atisya.

"Eh mak su, dia pengsan ke?"

"Agaknyalah. Eh tolong mak su bawak dia dalam bilik. Pengsan agaknya ni."

"Aku harap ini mimpi. Aku harap ini mimpi. Aku harap ini mimpi!!!" Jiha menjerit namun tiada siapa mendengar jerit laungnya. 

"Eh kenapa semua orang menangis depan aku ni? Kenapa? Ahhhh....aku nak cakap kenapa tak keluar suara ni?"

Atisya hanya mampu mengalirkan air mata. Sesal juga dia tak melayan Jiha tadi. Kalau saja dia tahu Jiha akan pergi selamanya saat selepas dia menutup pintu bilik itu...takkan sesekali dia izinkan Jiha menutup pintu itu. Pasti dia sudah menahan pintu itu. Pasti dia sudah memanggil kembali Jiha. 

"Jiha, mehlah sini. Takpe, nanti-nanti boleh Tisya cakap dengan Mak su." Dia harap dia boleh cakap macam tu dengan Jiha. 

"Kenapa ni? Ya Allah... kenapa aku terbaring kaku ni..."

Jiha!! Jiha!! Suara kawan baik Jiha, Emmy yang menemaninya dalam percutian kali ini. Seorang lagi kawannya, Nadirah cuba menenangkan Emmy yang hampir memagut-magut lengan si Jiha.

"Emmy, jangan macam ni. Kesian Jiha. Dia nampak kita sedih tau." Nadirah memujuk Emmy supaya jangan terlampau beria meratapi si mati.

"Emmy, Jiha ada kat sini. Kenapa Emmy nangis ni. Ahhhhh! Apa tu? Apa yang hitam tu? Ahhh takutnya Ya Allah! Aku harap ini mimpi! Aku harap ini mimpi!"

Berulang kali Jiha mengulang 'Aku harap ini mimpi', namun tiada siapa mendengar. Tiada siapa dapat membantu.

"Ya Allah, aku harap ini mimpi. Bangunkanlah aku ya Allah. Aku nak hidup kembali. Aku harap ini cuma mimpi ngeri."

Jiha menangis namun air matanya tak keluar. Jiwanya meronta mengharap itu cuma mimpi. Lembaga hitam itu. Kenapa dia melambai-lambai. Jiha sangat takut. Lembaga itu sangat menyeramkan. Hitam dan berbulu.

"Aku harap ini mimpi" sudah tak berdaya dia merintih. 

Every lives shall taste death. Tidak dipercepatkan tidak pula diperlambatkan. 

Atisya masih menangis hiba. Menangis tanpa suara. Hanya air mata yang keluar. Ini pertemuannya yang terakhir dengan Jiha.

Jiha sedar 'ini' hakikat kehidupan. 
Selamat datang ke alam realiti wahai hamba Allah. Alam yang menjadi tujuan asal semasa kau di dunia. 


When you move to the other world, there's no turning back.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...