Jajahan cinta kita
Telah menebar ke serata dunia
Telah menusuk ke dalam jiwa
Jiwa mereka yang dahaga
Jajahan cinta kita
Indah selalu bak mahligai syurga
Penghujungnya tak terbayang mata
Permulanya entah bila
Namun,
Jajahan cinta kita ini
Ada terluka terpijak duri
Ada tersadung kakinya di besi
Ada tergelincir terus mati
Ah, aku juga reti rasa kecewa
Aku tak pandai mengejar mereka
Yang terluka itu aku
Yang tersadung itu juga aku
Tapi aku belum mahu tergelincir lalu mati
Setidaknya, gapai dahulu tanganku ini
Supaya aku tidak tertinggal lagi
Dalam jajahan cinta kita
4.02pm
2/3/2014
aku tak pernah baca puisi kau, ini pertama kali, blog aku pun dah lama aku tak jenguk, baru aku perasan puisi ni widad..
ReplyDeletedan aku sukakannya!
Uhuh, hmmm berdasarkan kisah benar. Kalau aku baca dengan feel gila-gila, bisa meraung babe. Anyway, thank you. Ilham dari Allah jua.
ReplyDelete