Monday, 3 March 2014

Jajahan Cinta Kita

Jajahan cinta kita
Telah menebar ke serata dunia
Telah menusuk ke dalam jiwa 
Jiwa mereka yang dahaga

Jajahan cinta kita
Indah selalu  bak mahligai syurga
Penghujungnya tak terbayang mata
Permulanya entah bila

Namun, 
Jajahan cinta kita ini
Ada terluka terpijak duri
Ada tersadung kakinya di besi
Ada tergelincir terus mati

Ah, aku juga reti rasa kecewa
Aku tak pandai mengejar mereka
Yang terluka itu aku
Yang tersadung itu juga aku
Tapi aku belum mahu tergelincir lalu mati

Setidaknya, gapai dahulu tanganku ini
Supaya aku tidak tertinggal lagi
Dalam jajahan cinta kita

4.02pm
2/3/2014


2 comments:

  1. aku tak pernah baca puisi kau, ini pertama kali, blog aku pun dah lama aku tak jenguk, baru aku perasan puisi ni widad..
    dan aku sukakannya!

    ReplyDelete
  2. Uhuh, hmmm berdasarkan kisah benar. Kalau aku baca dengan feel gila-gila, bisa meraung babe. Anyway, thank you. Ilham dari Allah jua.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...