Pelik saya melihat
sesetengah wanita yang sudah berusia masih lagi gah dalam bersolek wajahnya.
Kalau gayanya kadangkala mengalahkan orang muda.
Begitu juga sesetengah pakcik
yang gayanya juga persis si bujang kelana.
Tak terlepas mak saya yang kadangkala
mengenakan solekan tipis di wajahnya apabila hendak ke kenduri dan sebagainya.
Kalau ayah saya pula masih lagi kuat berjalan kaki walaupun usianya sudah
menjangkau 73 tahun.
Saya lihat lelaki sebayanya sudah ramai yang uzur dan
kebanyakan kawan-kawannya telah pun meninggal dunia.
Mereka ini bukannya
muda lagi. Wajah juga sudah berkedut tidak setegang dahulu. Kaki juga mudah
lenguh apabila berjalan. Badan sengal-sengal. Pada mulanya saya naik muak tapi
lama-kelamaan saya mula berfikir bahawa mereka juga manusia seperti orang muda.
Perasaan mereka juga seperti orang muda.
Wajah sahaja berubah tapi hati masih
muda. Patutlah ada sesetengah orang tua terutamanya lelaki kembali miang
semacam orang muda.
Begitu juga mak dan
ayah saya. Bukan miang okay! Usia memang di hujung senja tapi fikiran mereka ialah mereka masih
mampu melakukan apa sahaja seperti zaman muda dahulu. Kerana zaman muda ayah
saya dia sudah biasa berjalan kaki maka zaman tuanya tidak pernah melemahkan
semangatnya untuk berjalan kaki ke kedai dan kemana sahaja dia mahu pergi.
Saya
kadang-kadang kasihan melihatnya tapi kami biarkan sahaja kerana dia masih
mampu dan biarlah dia menikmati nikmat jalan dengan kakinya sendiri itu.
Mak saya pula,
apabila hendak keluar, bajunya pasti lebih cantik daripada saya dan seringkali
saya meminjam baju kurung mak saya. Baju kurungnya semua cantik. Kalau hendak
keluar ke mana-mana sama ada kenduri atau pergi beraya, mak saya memang punya
banyak pilihan. Manakan tidak, anaknya ramai. Kalau tak anak perempuan yang bagi,
menantu yang bagi. Untunglah mak saya.
Yang saya ingin
poinkan disini ialah perlakuan mak saya yang akan make-up sedikit
sebagai touch up muka sebelum ke kenduri. Kami anak-anak tak pernah pun
cakap “Mak, tak payahlah pakai make-up. Mak kan dah tua”.
Kami bahkan menolong
mak untuk make-up. Yang paling rajin tolong make-up tentulah
kakak saya, Sera. Saya pula selalu membaiki tudung mak agar nampak cantik.
Ya! Usia sebenarnya
hanya angka. Saya sendiri masih lagi terlompat-lompat persis anak kecil dan kadang-kadang
merengek-merengek pada mak. Saya sendiri tidak mahu menjadi dewasa terlalu
cepat lalu saya sengaja tidak mematangkan diri saya apabila di rumah.
Namun
tidak sekali saya mengada-ngada apabila bersama kawan-kawan. Baru sangat
rasanya masuk ke tadika kemudian sekolah rendah dan seterusnya sekolah
menengah. Sungguh tak percaya kini kalau saya nak kahwin pun saya rasa keluarga
tak menghalang.
Kalau saya tidak
mahu dewasa terlalu cepat, tentulah mereka yang sudah berusia tidak mahu tua
terlalu cepat. Mereka pasti merasa yang mereka masih muda. Dari segi pakaian,
tingkah laku dan cara percakapan, jelas kelihatan mereka ini sesetengahnya
masih terasa muda.
Suatu ketika saya
bertanya kepada mak, “Mak nak tak main roller coaster kat Times Square tu?”
Mak saya jawab
“Nak!”
“Tapi Ida takut mak
terkejut pulak.” Risau sebenarnya kalau-kalau mak terkejut atau apa-apa
sahajalah kerana permainan disitu agak ekstreme.
“Eh awak ingat mak
ni tak boleh ke? Mak pernah buat lagi teruk dari tu tau tak”.
Lebih kurang beginilah
perbualan antara kami tempoh hari. Saya terdiam sahajalah tak tahu nak balas
apa.
Jawapan ini
membuktikan bahawasanya orang tua mampu melakukan apa-apa sahaja hanya kerana mind
set mereka yang positif. Kalau mereka bermind set yang mereka sudah
tua, pastilah mereka lebih suka duduk di rumah, mengarah orang lain buat kerja,
mengorder makanan daripada anak dan cucu, goyang kaki dan sebagainya.
Namun amat sedikit yang berkelakuan begini dan kalau ada yang macam ni, mak
saya akan melabelkan, orang tua sombong!
Satu perkara lagi
yang membuatkan saya pelik. Ayah saya sudah mencecah usia 70 tahun ke atas
tetapi dia masih setia menonton rancangan gusti WWE Entertainment. Sejak rumah
kami ada astro, setiap Selasa jam 10.00 malam tiada rancangan lain melainkan gusti.
Kami sudah terbiasa dengan keadaan ini sejak saya darjah enam dulu. Beginilah
keadaannya.
Kalau kami tidak mahu melayan rancangan itu bersama, kami akan buat
aktiviti lain di rumah. Mak saya pula kadang menemani ayah saya sambil mengajuk
aksi-aksi sang penggusti itu. Saya kadang-kadang tengok juga kalau bosan.
Akhirnya saya tidak
pelik lagi sebab saya terfikir, gusti sekarang tidak sereal dulu dan
jelas-jelas lakonan tetapi kenapa ayah saya asyik sangat menontonnya. Saya
yakin pasti ramai lagi bapa-bapa orang yang suka menonton rancangan ini.
Akhirnya saya dapat
jawapan. Ya! Ayah saya menonton gusti bukan sebab dia teruja sangat ingin
melihat orang dibelasah atau bukan sebab dia mahu belajar skill
membelasah orang akan tetapi dia menonton kerana apabila dia menonton, dia
sedang mengimbau kenangan masa mudanya. Dia melihatnya sejak muda jadi pastilah
diusia tua sebegini dia menonton sambil membayangkan kehidupan mudanya. Ceh(imaginasi aku).
Saya
tidak pernah pula bertanya akan hal ini tetapi saya mengagaknya sahaja. Sebab
saya tengok yang lebih teruja ialah mak saya.
Saya berandaian
begini kerana saya sebenarnya orang yang suka mengimbau kenangan. Saya masih
menonton kartun kegemaran saya iaitu Ninja Boy, Sin Chan, Kampung Boy dan
kadang-kadang Doraemon. Dahulu saya seorang fanatik Doraemon sampai sanggup tak
solat Maghrib sebab Doraemon selalu sahaja pada waktu senja.
Tapi itu cerita
sekolah rendah. Saya kini tidak lagi meminati Doraemon.
Saya juga apabila
menontonnya akan teringat zaman kanak-kanak saya dan saya percaya ramai juga
yang berperangai macam saya ini bukan? Ya! Kita tidak mahu besar terlalu cepat
tetapi hakikatnya kita sudah besar.
Lalu apa yang patut
kita lakukan? Hidup dalam bayang-bayang zaman kanak-kanak kita. Ya, boleh sahaja
tetapi biarlah dalam jalan yang betul.
Janganlah disebabkan kita rasa kita ini
kecil lagi, jadi kita tidak mahu solat. Jangan pula kita beranggapan bahawa
kita terlalu awal untuk jadi baik atau jadi orang yang soleh dan bertaqwa
kepada Allah.
Sesetengah manusia
masih tidak menunaikan solat pada usia yang sudah terlebih matang saya kira.
Kenapalah agaknya perkara ini boleh berlaku? Salah ibu bapakah? Tidak relevan
saya rasa. Pada usia yang sudah cukup matang untuk berfikir, pada saya tak
relevan lagi untuk menyalahkan ibu bapa.
Kalau benarlah ibu bapanya tidak
mendidiknya untuk solat, dia boleh mencari inisiatif sendiri untuk belajar
solat. Sehingga mendirikan rumahtangga pun masih meninggalkan solat, saya tak
tahulah berkat atau tidak rumah itu.
Kepada manusia yang masih meninggalkan solat
dan menganggapnya remeh, pasti hidup kalian juga diremehkan Allah.
Ustaz saya, Ustaz
Badrul di sekolah pernah berkata, usia manusia bukan dikira sejak kelahirannya
tetapi usia manusia dikira sejak dia mula bertaqwa kepada Allah. Sejak dia mula
mendekati Allah secara serius. Kalau pada usia 40 tahun baru hendak mendekati
Allah, dan dia mati pada usia 50 tahun, dia hanya hidup selama 10 tahun sahaja.
Malang bukan?
Tetapi itu lebih baik daripada orang yang Allah biar dia dalam
keadaan jahil sehingga tamat riwayat hidupnya.
Seorang muallaf
pula, kalau dia memeluk Islam pada umur itu,umur itulah kelahiran sebenar bagi
dirinya. Dosa-dosanya sebelum ini dihapuskan Allah.
Allah Allah, baiknya
Allah. Allah lahirkan dia semula. Bayangkanlah kalau dia masuk Islam pada usia
20 tahun, dia dianggap seperti bayi yang baru lahir. Suci tanpa dosa.
Dosa-dosanya sebelum ini tiada kaitan lagi dengannya.
| Gambar sem 1 di UIA Nilai Kelas bahasa Arab level 2 |
Hargai umur anda
terutamanya para pemuda sekalian.
Usia muda yang berdarah panas dan bersemangat
kereta waja wajiblah dimanfaatkan untuk Islam sebaiknya.
Dan masa mudalah masa
terbaik untuk memperbanyakkan ibadah dan untuk mencari ilmu.
hijau ;-)
ReplyDeleteYa hijau tenang~
ReplyDelete