Tuesday, 22 January 2013

Perigi cari timba?


Saya pasti anda pernah mendengar pepatah ini. Sangat popular dikalangan masyarakat melayu dulu kini dan insyaallah bukan selamanya. Pepatah ini bermaksud seorang perempuan terhegeh-hegeh mencari lelaki sebagai kekasih hati.

Perigi=besar. Timba=kecil. 

Suatu masa saya pernah keliru, bukankah memang sepatutnya perigi cari timba sebab perigi besar. Saya confius sebab ingatkan perigi dinisbahkan kepada lelaki dan timba yang kecil adalah perempuan.

Rupanya saya salah. Tapi saya tetap nak argue. Kenapa perigi dalam pepatah ini bermaksud perempuan dan bukannya lelaki? Dan kenapa pula timba yang kecil itu dikatakan lelaki dan bukan perempuan? Sedangkan kalau dilihat, lelaki lebih banyak kelebihan berbanding perempuan.

Oh mungkin kerana perigi itu tidak bergerak jadi ia disamakan seperti kaum hawa. Manakala timba yang selalu bergerak itu disamakan seperti lelaki yang memang tak suka duduk diam.

Okay forget about the idiom. Sebenarnya saya ingin memperkatakan tentang suatu isu yang kadang hangat kadang suam ini. Tidak lain dan tidak bukan, perempuan meminang lelaki.

Layakkah kaum hawa meminang kaum adam? Kenapa kaum hawa macam dah terdesak sangat sampai terpaksa menzahirkan keinginan untuk berkahwin kepada kaum adam? Kaum adam memang menunggu pinangan dari kaum hawakah? Sudah hilangkah sifat malu yang Allah kurniakan kepada kaum hawa?

Bla bla bla bla bla bla…

Sebelum tu saya nak istighfar dulu. Astaghfirullahal azim…

Rasulullah tidak pernah mengajar kita merasa malu untuk berbuat kebaikan. Kahwin terang-terangan perkara baik. Persoalannya! Siapa yang letak mind set bahawa perigi jangan cari timba dalam hidup kita sekarang??

Jawapannya ialah…tok nenek hangpa! Eh janganlah marah. Tok nenek saya juga dan tok nenek semua orang melayu Malaysia yang aman damai ini.

Saya lihat masyarakat melayu sering merasa segan tidak bertempat. Sangat berbeza dengan orang arab, English, cina dan lain-lain bangsa yang memang suka straight to the point.

Saya sendiri, orang melayu mengaku mempunyai tempias perangai sebegini. Malu tak bertempat. Nak bertanya pun malu . Kita, perempuan melayu sejati dan tulen ini seringkali dimomokkan dengan ayat “Jangan sampai kau jadi perigi cari timba!”

“Tunggu je orang lelaki pinang engkau.”

“Tak malu ke nak pinang lelaki pulak?”

“ Jangan sampai kau jatuhkan maruah depan mereka.”

Pulak dah. Sampai masuk bab maruah. Habis tu bagaimana pula orang lelaki yang ditolak pinangannya? Tak jatuh ke maruah dia? 

Hmm tulah masyarakat kita. Asyik nak jaga air muka sendiri. Orang lain lantaklah nak jatuh tersembam ke apa ke.

Bila saya fikirkan kembali, antara hikmah Sayyidatina Khadijah meminang Rasulullah ialah Allah nak tunjukkan pada orang melayu bahawasanya perempuan yang pinang lelaki tidaklah seteruk mana. Dan ini bukan perkara pelik dan aneh lagi.

Alhamdulillah kini masyarakat melayu sudah mula menyedari akan hakikat ini tetapi tetap tidak semua. Harap apabila generasi Y sudah menjadi warga emas nanti, kita mempunyai mind set yang terbuka dan jangan jumud sangat.

Dan saya ada tips bagaimana seorang perempuan ingin menyatakan keinginannya untuk berkahwin dengan seorang lelaki!

1.      Beranikan diri untuk mengkhabarkan niat anda yang murni ini kepada orang yang anda percayai seperti ibu bapa, pak cik,mak cik, ustaz, ustazah. Digalakkan untuk memberitahu orang yang lebih tua.

2.     Minta tolong orang yang anda percayai itu untuk berjumpa dengan orang yang rapat dengan lelaki itu contohnya ibu bapa, guru, murabbi, ustaz, ustazah atau mungkin pak cik atau makciknya. Digalakkan untuk berjumpa dengan orang tua.

3.     Orang yang rapat dengan lelaki itu seterusnya akan berjumpa dengan lelaki itu dan berkata
“Hang nak kahwin tak? Ana ada kenal dengan seorang minah ni. Baik akhlaknya, sopan-santun, taat Allah dan Rasul, menghormati orang tua, pandai masak, dan dan dan yang paling best sekali, dia pandai mengurut!

Lelaki tersebut pasti berbunga-bunga kerana sudah menjumpai calon yang sesuai lalu berkata..

“Benarkah? Subhanallah susahnya nak cari perempuan yang perfect macam ustaz cakap ni! Ustaz, ana ni dah lama nak mendirikan masjid tapi selalu saja busy dengan kerja. Ana serah perkara selanjutnya pada ustaz sajalah.”

Perbualan selanjutnya hangpa sambunglah sendiri.

Tips ini bukanah yang terbaik. Saya sendiri tak pernah mengaplikasikannya. Tapi tak salah kalau kita mencuba bukan?

Mohon maaf sekiranya ada tersilap bahasa atau mungkin tersentuh sensitiviti kalian yang membaca. Tips tadi boleh diamalkan kalau rasa sesuai. Ini bukan idea saya pun. Ini cumalah hasil banyak tengok TV.

Hihi.. Semoga Muslimin sekalian jangan malu jangan segan untuk meminang perempuan andai Allah sudah bagi petunjuk dan tolong jangan lambat.

Semoga semua kawan muslimat saya berjumpa dengan lelaki soleh sebagai kapten dalam bahtera hidupmu. Semoga semua dapat membina Baitul Muslim yang diharap-harapkan.

ISLAM will win the world. Let us take part towards the victory!
Kami bukanlah golongan yang suka terhegeh-hegeh mencari lelaki tapi kalau terpaksa(baca:perlu) mungkin kami buat.



2 comments:

  1. bab yang pndai mngurut tu yg paling dicari tu..huahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah ingatkan sapa la tadi miszy siti rupanya mardhiah...weh sabo jela...hang pandai mengurut ka? Kalau pandai, hang lah yg dicari2

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...