Sunday, 23 December 2012

Jadilah pendakwah bukan penghukum


Jadilah pendakwah bukan penghukum. 99%  orang yang bijak pandai dalam agama ialah seorang penghukum. Setuju tak? Peratus ini hanyalah anggapan dan anggaran saya sahaja berdasarkan pemerhatian saya. Betul juga sebab mereka ini golongan yang pandai dalam agama. 

Mereka ini seorang alim dan faqih tentang agama Islam. Mereka menganggap orang lain yang banyak melakukan maksiat sebagai ahli neraka. Mudah sahaja menjatuhkan hukum kepada orang lain. Tidak terkecuali diri kita juga.
Hanya 1% yang sahaja golongan yang bijak pandai dalam agama bertindak menasihati dengan penuh hikmah. Penuh kasih sayang, penuh kelembutan. Kerana yang menghukum seseorang itu dosa atau tidak ialah Allah bukan kita ini yang hanyalah manusia biasa. Allah jualah yang berhak memasukkan seseorang itu ke dalam syurga atau neraka, bukan kita yang menentukannya.

 Lecturer saya selalu cakap “our job is to do dakwah”. Kita juga tak berhak nak cakap yang orang kafir itu confirm masuk neraka kerana kita tidak tahu adakah dia sudah mengetahui tentang agama Islam.

 Kalau dia belum tahu dan mendengarnya, menjadi tanggungjawab kita untuk memberitahunya. Kalau dia mati sebelum sempat mendengarnya, maka Allah jualah yang Maha Mengetahui kemana destinasi seterusnya bagi dia. 
Mungkin ke neraka menjadi arang atau juga mungkin ke syurga tanpa dihisab. Yang penting ialah adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita menyampaikan agama Islam kepada umat manusia.

 Kata orang kalau belum merasai manisnya berdakwah, maka teruskanlah berdakwah. Jangan jemu. Jangan berhenti. Kalau sudah merasainya, nescaya kita tak mahu meninggalkan dakwah. Terasa rindu dan berkobar-kobar untuk berdakwah setiap hari.

 Jalan dakwah itu  bukan disaji dengan duit yang banyak, jalan yang licin tanpa batu, atau dihamparkan permaidani bulu yang mewah. Akan tetapi jalannya penuh dengan batu berlekuk yang tajam yang kadang kala bisa melukai orang yang melaluinya. 

Tanpa gaji yang lumayan, hanya pahala Allah yang diharapkan. Jalan itulah yang digelar kemanisan berdakwah. Patutlah para pendakwah tak pernah jemu untuk keluar berjuang kerana semakin banyak mehnah yang diterimanya, semakin mahu dia berjuang demi agama Allah ini. 

Subhanallah yang menjadikan adanya orang yang tetap akan menyambung risalah para nabi iaitu agama Tauhid, agama yang mengesakan Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...