Monday, 17 December 2012

Bersyukur...

Aku bersyukur dengan apa yang Allah berikan padaku. Walau aku tidak secantik mereka yang cantik, aku bersyukur dengan wajah yang Allah kurniakan kepadaku. Walau aku tidak sepandai dan sekreatif mereka yang pandai dan kreatif, aku tetap bersyukur dengan kepandaian setakat yang aku ada.

Aku bersyukur punya keluarga yang baik, selalu menghulurkan bantuan ketika aku memerlukan. Aku bersyukur terpilih untuk belajar di Matrik UIA di mana di sini aku belajar banyak perkara yang tidak pernah aku dapat di sekolah dahulu. Aku bukan setakat belajar akademik malahan aku belajar skill dalam hidup ini.

Aku bersyukur mempunyai kawan-kawan dan kenalan yang ramai dan ramah-ramah sekali. Aku bersyukur dapat rakan sebilik yang kemas dan pandai menguruskan ruang masing-masing. Aku selesa sekali setiap kali aku melepak di bilik.

Aku sayang kawan-kawan semua. Ex-roommates, ex-classmates, roommates sekarang dan classmates sekarang.

 Teman makanku sekarang, Aimi yang dahulunya Ruslina. Kawan yang aku suka cilok video dan gambar dalam laptop dia, Mardiey, dan kamera handphone dia jugaklah yang aku selalu tangkap gambar sendiri. Untuk kawan yang kekal memberikan aku semangat untuk hidup, Basyirah.

Untuk Sarah Adnan yang aku selalu kutuk beliau tapi dia tak pernah ambil hati. Sarah, keep  moving forward then you will get more than you expect. 

Terima kasih si kembar Alia Azmuna dan Alia Syahira yang sentiasa memuji aku. Sayangku untuk Anis Nur Diyana yang selalu ingat aku marah dia. Najah yang suka panggil aku Dad. Thanks a lot for Natirah yang sudi terus-terang kepadaku bahawasanya aku ini seorang pengutuk yang setia.

Untuk orang-orang yang keep sarcasticing me, thank you. Untuk orang-orang yang tidak kusebut namanya, maaf…kamu yang terbaik. Sesungguhnya aku tidak mampu untuk catat segala kebahagian aku bersamamu kerana ia terlalu banyak.
Mardiey(kanan), kawan yang sangat
  memberi inspirasi kepadaku.


Endless Love,
Syahida Akik a.k.a Widad

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...