"Amboi dari tadi duk feeling. Bukan main.." Farah menegur Natalia yang sedari tadi mendengar lagu-lagu jiwang melalui komputer ribanya.
"Hah apa-apa? Tak clear sangat tadi?" Natalia membalas teguran Farah sambil menanggal ear phone daripada kedua belah telinganya. Sampai berkerut dahi Natalia demi mendapat kepastian apa sebenarnya yang diperkatakan Farah tadi.
"Kau tu...dari tadi feeling je. Macam bahagia je. Kongsilah."
Natalia hanya tertawa lalu menggelengkan kepala.
"Mana adalah. Kan aku memang pencinta muzik. Pencinta seni. PENGhargai hasil seni manusia."
"Amboi...gitu sekali jawapan." Farah tersengih kecil mendengar jawapan Natalia itu. Yalah itu. Pencinta seni tegar.
Farah berlalu ke ruangan biliknya.
Natalia menyambung kembali mendengar lagu. Ear phone dilekatkan semula.
'Well you only need the light when it's burning low.
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go...when you let her go...'
Kebelakangan ini Natalia asyik mengulang lagu Let Her Go yang dinyanyikan oleh Passengers. Semasa awal-awal dia tahu lagu ini tidak lama dahulu, kerap kali juga air matanya tumpah. Tak mampu lagi menahan.
Jannah, kawan sekolahnya dahulu datang melawatnya di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak dan mereka sempat meluangkan satu malam bersama.
"Nat, cuba dengar lagu ni." Jannah menghulurkan telefon bimbitnya kepada Natalia.
Video lagu Let Her Go tapi bukan suara Passengers. Suara Jasmine Thompson yang sangat padan dengan lagu ini.
Dalam hati Natalia, kau kenapa Jannah. Sengaja beri aku tahu tentang lagu ini. Dah banjir hati aku.
Sebulan yang lalu,
"Kakak, abah nak kakak kuat. Anggaplah perceraian ni satu taqdir. Bukannya abah dengan ummi tak cuba pertahankan rumahtangga kami." Itulah kata abah ketika hanya dia dan abah di dalam kereta dalam perjalanan menghantarnya ke Uia.
Hati anak mana yang tidak hancur. Saat dia baru memulakan kehidupan sebagai mahasiswa, saat itulah retak dalam rumah tangga ibu bapanya sudah betul-betul sampai ke kemuncaknya. Bukan lagi menunggu belah bahkan kini sudah pecah berderai. Tiada lagi jalan keluar lain melainkan perceraian.
Malam itu, Natalia sambil menaip sesuatu di laptop nya, sambil mendengar lagu itu, sambil mengenang kata abah hari itu dan sambil menangis sekali lagi. Kali ini entah ke berapa kali. Walau dia sudah cukup tabah dan redha untuk menerima taqdir itu namun setiap kali teringat saat-saat manis bersama sekeluarga, setiap kali itu dia gagal. Gagal menahan diri untuk tidak menangis.
Natalia sebagai anak sulung dalam keluarga, dia berpegang kepada 'aku harus dilihat cukup tabah di hadapan adik-adik.'
Tiga orang adik dibawahnya semuanya lelaki. Naufal, Nafis dan yang paling bongsu, Nadhir. Nadhir juga sudah cukup besar untuk memahami situasi ini. Sudah darjah 4 budak itu. Natalia paling kasihan dengan Nadhir. Setelah abah dan umminya berpisah, Natalia tidak pernah meninggalkan Nadhir.
'Nadhir kuat! Kakak nak Nadhir kuat. Allah ada untuk Nadhir. Kalau ada apa-apa nak cerita, mesej atau telefon kakak okey.'
-nota kecil yang ditinggalkan Natalia untuk adik kecilnya itu sebelum balik ke Uia untuk semester baru.
Naufal dan Nafis masing-masing mengawal emosi dengan cara sulit dan tersendiri. Kedua-duanya tinggal di asrama cuma berlainan sekolah. Naufal sebagai abang sulung, dia lebih matang mengurus emosi. Dia tidak serapuh kakaknya. Dia tahu sangat kalau kakaknya itu sangat halus hatinya. Jentik sikit sahaja sudah hujan ribut petir. Cuma depan adik-adik sahaja tunjuk kuat.
"Kakak, tolong hidup dengan baik kat uia tu. You're strong enough!"
Naufal sempat menghantar pesanan mesej kepada Natalia selepas dia baru sahaja sampai di uia untuk menghadapi semester baru.
Pesanan ringkas itu sudah mampu merobohkan tembok ketabahannya.
Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missing home
Only know you love her when you let her go...when you let her go
'Abah, abah tak sayang ummi dah ke? Dua puluh tahun lebih dah kahwin, kenapa tak mampu nak pertahankan? Tak boleh ke bersabar, bertahan demi anak-anak?' Seringkali fikirannya mengulang skrip yang sama.
Kenapa kenapa dan kenapa.
"Kakak, abah nak kakak anggap ini semua taqdir."
"Kakak, bukan salah abah dan bukan juga salah ummi. Memang inilah taqdir Allah untuk keluarga kita. Kakak belajarlah daripada kesilapan abah dan ummi."
Kata-kata abah dan ummi datang bertandang di minda silih berganti.
Naufal, Nafis, Nadhir...jom jadi kuat. Semua ni taqdir Allah untuk keluarga kita. Tiada siapa patut dipersalahkan. Jom hidup dengan gembira.
Naufal nak SPM kan, fokus! Jangan fikir sangat dah. Fokus belajar.
Nafis budak nakal sayang, boleh main skate board tapi pelajaran, solat, hormat orang lain tak boleh tinggal okey. Be good. Nafis budak unik!
Nadhir, huh kamulah yang paling istimewa. Kakak sayang sangat kamu. Kamu jadi kuat tau. Jadi pandai dalam kelas tau. Nanti kakak bagi hadiah.
Dokumen disimpan. Ayat terakhir yang ditulis seiring berhentinya air mata. Natalia tersenyum puas.
Mesej masuk dalam handphonenya.
Life is full of beauty. Notice it.
Tidurlah..
Natalia senyum. Farah..Farah..
Izzati senyum.
ReplyDeletewidad. Widad.
ok. Copy ayat last tu. Btw, lagu ni mmang best. Dy punya meaning dy. Direct tpi kalau sapa xhayati xresap la jgak.
Huhu...lagu dia..lentok habis. Resap macam span. Nantikan epilog Don't Let Her Go. Lebih dramatik lebih sadis.
Delete:D
hah hah hah.. u me semile. :P
Delete