Akil
terjumpa satu flyer di sebuah dinding ketika sedang melepak. Flyer itu berbunyi
seperti ingin membantu orang yang ingin membunuh diri. Bagai orang mengantuk
disorongkan bantal, dia pun menyambar peluang ini.
‘LAB’-
sebuah badan yang ‘membantu’ dan ‘memudahkan’ cara bagi sesiapa yang tidak mahu
hidup lagi seperti Akil. Akil mendaftar untuk mendapat khidmat itu dan kata
konsultan itu, bila-bila masa nyawanya akan melayang.
Semuanya
mesti dirahsiakan. Segala proses akan menjadi sangat rahsia. No turning back.
Penonton pasti berdebar menonton filem ini kerana seolah-olah mengira hari-hari
terakhir kematian Akil.
Akil
jadi paranoid. Sesiapa sahaja manusia yang dilihatnya akan menyebabkan dia
lemah kerana takut itulah orang yang akan membunuhnya. Sehinggalah dia mula
perasan ada seorang perempuan yang sangat comel selalu menaiki tren bersamanya.
Mereka
akhirnya jadi kawan. Akil isytihar, Zara itulah sahaja kawannya. Dan sejak itu,
dia mula suka pada Zara dan mula berubah fikiran.
Pelbagai
peristiwa yang mungkin manis berlaku dalam hari-hari terakhirnya itu dan
antaranya ialah dia mendapat bonus dari bosnya. Dia mula nampak hidup ini
bagaimana.
Saksikan
bagaimana akhirnya kehidupan seorang yang bernama Akil lakonan Redza Minhat.
Watak Zara oleh Cristina Suzanne.
Filem
yang lebih mendebarkan dari filem hantu.
“Takkanlah
tak ada sesiapa langsung. At least ada sorang dalam hidup seorang manusia.” -Zara.
Zara
berpendapat orang yang bunuh diri ialah selfish. Bos Akil memberi galakan
kepadanya untuk lebih bersosial dengan rakan-rakan sekerja.
Ya,
ada ramai yang masih memberi harapan kepada Akil. Cuma dia yang buta dan
sengaja tak mahu buka mata. Filem ini saya kira dah cukup bagus dah dari segi
jalan ceritanya, audio dan videonya tetapi ada kurang. Tiada sesiapa yang
ingatkan Akil bahawa bunuh diri itu haram dan berdosa besar.
Okey
itu jelah. Yang lain-lain semua boleh tengok sendiri.
Have
a nice day!
![]() |
| Ella jadi jiran Akil dalam cerita ini. |

No comments:
Post a Comment